Anak yang baik adalah yang menjaga hak dan tanggungjawab pada orang tuanya. Ibu bapa yang baik adalah mereka yang menunaikan hak dan tanggungjawab pada anak-anaknya.
Hubungan ini saling melengkapi. Bukan hanya sebelah pihak perlu berbuat baik. Dan sebagai ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil, kita perlu menjadi yang ibu bapa yang cukup baik supaya menjadi suri teladan pada anak-anak menjadi contoh ikutan yang baik.
Contoh ikutan yang baik sering dikaitkan dengan Rasulullah S.A.W. Sebagai umat Islam, Rasulullah adalah contoh ikutan yang baik untuk kita. Sebagai ibu bapa, kita pula yang perlu menjadi contoh ikutan yang baik itu, supaya dapat ditiru anak-anak bagaimana untuk menjadi baik.
Amalkan akhlak-akhlak Rasulullah dalam kehidupan harian supaya anak-anak mengenal Rasulullah melalui kita. Supaya anak tahu bagaimana untuk menjadi baik seperti Rasulullah (semampu yang boleh).