Kisah Kami

aulad.my bukan sekadar menerbit dan menjual buku kanak-kanak. Di aulad.my kami percaya sifat kanak-kanak perlu diraikan. Let kids be kids menjadi pandu arah kami. Kami menghargai dan mementingkan jalinan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak. 

Masa yang diluangkan bersama anak-anak itulah yang paling bernilai. Masa itu boleh diisi dengan pelbagai aktiviti seperti bermain, berbasikal, keluar berjalan, menonton tv bersama-sama, memasak, mengemas rumah, membaca, mengaji dan sebagainya.

Dan sebagai penerbit buku, kami memilih membaca sebagai salah satu cara menyokong ibu bapa melakukan aktiviti bersama anak-anak. 

Kuncinya pada meluangkan masa bersama.

Buku tidak boleh menggantikan gadget. Walaupun buku pilihan yang lebih sihat berbanding membiarkan anak bermain gadget untuk melekakan mereka sementara kita menyiapkan urusan kita.

Tetapi masa yang diluangkan bersama anak-anak itu lebih penting. 

Luangkan masa, tetapkan masa, pilih masa yang sesuai setiap hari untuk anda mempunyai masa berkualiti dengan anak anda, dengan keluarga anda.

Kerana masa berkualiti yang diluangkan itulah yang akan menjadi memori indah anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

Misi Kami

Misi kami di aulad.my adalah membantu ibu ayah (seperti anda!) sepanjang perjalanan anda membesarkan anak-anak dengan kehidupan yang lebih bermakna. Dalam kehidupan yang semakin rumit dan pantas, ianya boleh menjadi sukar untuk kita menjalani kehidupan yang bermakna - untuk memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting dan bukan hanya pada yang nampak mustahak (urgent). Agak susah untuk kita mencari masa, untuk kita mula dan lebih susah untuk kita lakukannya berseorangan.

Disini peranan kami. 'Memimpin tangan' anda, untuk kita bersama-sama melalui perjalanan yang sunyi dan menongkah arus demi kebaikan anak-anak.

Kebaikan membaca

Pair text with an image to focus on your chosen product, collection, or blog post. Add details on availability, style, or even provide a review.

Button label