Set Buku Cerita Kanak-kanak
Set Buku Cerita Kanak-kanak
Manfaatkan masa anak-anak dengan membaca.
Buku set bacaan kanak-kanak ini mengetengahkan tentang penceritaan haiwan, kehidupan dan sebagainya. Setiap tajuk yang dipaparkan mempunyai jalan cerita yang berbeza dan menarik. Kanak-kanak disajikan dengan cerita yang mampu memberikan impak yang baik dari segi pembacaan, penambah vokabulari dan sebagainya.
Setiap pembelian akan mendapat 6 buah buku yang menceritakan 6 cerita pendek yang akan anak anda dapat baca apabila anda membelikan mereka buku ini adalah:
Buku 1: Siapa Paling Hebat
Mengisahkan tentang seekor nyamuk dan lalat yang berkawan baik. Nyamuk sering merasa dirinya kerdil lantas cuba menjadi setiap apa yang dilihat. Namun akhirnya, dia mendapat jawapan siapa yang paling hebat sebenarnya.
Buku 2: Jala Memberi Tuah
Buku kedua ini mengisahkan seekor kura-kura yang tersangkut pada jala seorang perempuan tua. Ternyata, kura-kura itu membawa tuah untuk keluarganya.
Buku 3: Maafkan Sahabatku
Buku ketiga mengisahkan tentang katak dan tikus yang bersahabat baik. Namun, satu peristiwa telah berlaku membuatkan tikus menjadi tamak dan hilang rasa kasih kepada sahabatnya, Si Katak.
Buku 4: Si Kumbang yang terselamat
Buku keempat mengisahkan tentang kehidupan haiwan di sebuah tanam yang musnah akibat di racun. Hanya tinggal seekor haiwan yang berjaya melarikan diri. Kisah perjalanannya sehingga di selamatkan oleh seseorang sungguh menyedihkan.
Buku 5: Kucing yang salah sangka
Buku kelima mengisahkan seekor kucing yang ingin bebas daripaada tuannya meskipun dijaga dan dirawat dengan baik. Kucing itu Berjaya melepaskan diri dan hidup di luar. Namun, satu kejadian telah terjadi kepadanya.
Buku 6: Si Pansing yang kerugian
Buku keenam Mengisahkan seorang lelaki yang agak lurus dan baik. Mudah tertipu dengan apa yang didengarkan menyebabkan Si Pansing telah kerugian yang banyak dan besar.
Size & Info
Size & Info
Saiz: A5
Umur: 7 Tahun ke atas
Muka Surat:
Bahasa: Bahasa Melayu
Cetakan: Hitam Putih
Penulis: Kaljit Kaur
Format: Paperback (Softcover)
ISBN: