
Episod 1 : Bagaimana Menjadi Ibu Bapa yang Lebih Tenang?
Sibuk dengan kerja pejabat, kerja rumah, kerja sekolah anak. Anak bising, tak dengar cakap... Kita pun meletup marah, kemudiannya menyesal.
Di aulad.my kami percaya kanak-kanak perlu diraikan sebagai kanak-kanak. Pendidikan mereka perlu mengikut umur mereka. Keperluan emosi, mental dan fizikal mereka perlu mengikut keperluan mereka, bukan kemahuan kita sebagai ibu bapa. Bukan ketakutan kita dengan pandangan orang lain.
Apa yang perlu kita lakukan adalah memandang anak-anak dari kaca mata mereka, bukan kita kerana anak bukan trofi untuk dibanggakan tapi amanah untuk dijaga.
Antara isu-isu yang kami akan fokuskan dalam kempen Let Kids Be Kids
Kami akan bawakan perbincangan berkenaan isu-isu seperti keperluan emosi, stress, ADHD, ASD dan sebagainya.
Aspek fizikal menentukan aktiviti yang mereka boleh lakukan dan tidak mungkin boleh dilakukan.
Bagaimana hubungan masjid dan kanak-kanak. Apa yang masjid boleh lakukan? Apa yang ibu bapa boleh lakukan?
Bagaimana kanak-kanak belajar? Apa kaedah pembelajaran yang sesuai mengikut peringkat umur mereka?
Siri webinar ini akan dibawakan bersama pakar-pakar dalam bidang masing-masing untuk mebincangkan isu kanak-kanak bagi membantu ibu bapa membesarkan anak-anak dengan baik.
Jika anda mempunyai matlamat yang sama dan ingin berkolaborasi, boleh hubungi kami dengan mengisi borang di bawah.