Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.
Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah S.A.W menunjukkan satu mukjizat supaya mereka mempercayai kenabian Baginda.
Rasulullah S.A.W berdoa memohon pertolongan Allah S.W.T. Dengan kehendak-Nya, bulan telah terbelah dua.
Kejadian ini disaksikan oleh orang-orang di Makkah dan di luar Makkah. Ini adalah mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.
Selepas berceritakan kisah ini kepada anak-anak, tanyakan semula soalan. Contohnya:
Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W ialah bulan terbelah menjadi berapa?
Dengar jawapan mereka dan tanyakan juga apa pengajaran yang mereka dapat dan faham dari kisah ringkas mukjizat nabi Muhammad S.A.W. Kemudian, ibu ayah boleh ulas semula tentang kisah ringkas ini.
Secara tidak langsung, masa yang diluangkan bersama anak-anak dengan 'bedtime story' akan menjadi memori apabila mereka besar nanti.
Selain kisah ini, ibu ayah boleh ceritakan tentang 3 kota suci Islam yang ada disebut dalam al-Quran iaitu Makkah, Madinah dan al-Aqsa.
Setiap kota suci Islam ini mempunyai sejarah dan fakta-fakta menarik yang boleh diceritakan kepada anak-anak.
Untuk melihat kandungan buku, klik link ini. KLIK SINI.
Semoga setiap malam ibu ayah terus konsiten untuk luangkan masa sesi 'bedtime story' bersama anak-anak. Banyak kelebihan daripada aktiviti ini untuk kebaikan anak-anak kita.