Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran.
Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Amalan yang digalakkan untuk kita perbanyakkan pada bulan Ramadan yang mulia ini termasuklah membaca al-Quran. Bagi ibu ayah yang ingin mengimarahkan Ramadan ini bersama anak-anak, kita boleh mula dengan bertadarus bersama-sama anak-anak di rumah. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W sendiri bertadarus bersama Jibril di malam hari pada bulan Ramadan.
Penyataan ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA, bahawa beliau berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah (banyak bersedekah) terutama di bulan Ramadan ketika malaikat Jibril AS menemuinya. Jibril AS datang kepada Baginda SAW setiap malam di bulan Ramadan, lalu mereka saling bertadarus al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah SAW orang yang paling pemurah dengan kebaikan (kepada orang yang memerlukan) lebih laju daripada tiupan angin.” - Riwayat al-Bukhari (3220)
Bagi anak-anak yang baru habis kenal huruf hijaiyyah dan baru habis Iqra, ibu ayah boleh gunakan Muqaddam Juzuk Amma sebagai al-Quran pertama mereka.
Muqaddam ini mengandungi surah-surah dan ayat-ayat yang pendek dalam Juzuk Amma (Juzuk ke-30). Penyusunan surah dan saiz tulisan yang besar dapat memudahkan anak-anak yang baru mula membaca al-Quran dan membantu melancarkan bacaan al-Quran mereka.
Dari segi saiz Muqaddam pula, ia bersaiz besar. Ini memudahkan anak-anak untuk memegang dan membawa al-Quran pertama mereka ini ke mana-mana saja.
Selain itu, Muqaddam Juzuk Amma terbitan Aras Mega (M) Sdn. Bhd ini ada kelebihan tersendiri. Ia bukan Muqaddam biasa yang pernah kita lihat, namun ia seperti kitab tafsir yang mempunyai 7 kelebihan. Antaranya ialah:
- Terjemahan ayat
- Info surah
- Asbabun Nuzul
- Hadis kelebihan surah
- Belajar bahasa frasa al-Quran
- Doa di dalam al-Quran
Kelebihan-kelebihan yang ada inilah membuat anak-anak lebih bersemangat untuk menghafal, lebih-lebih lagi apabila mereka seronok tahu kisah-kisah di sebalik surah.
Semoga dengan usaha bertaddabur bersama anak-anak di bulan Ramadan ini dapat mengimarahkan bulan Ramadan dan menjadikan Ramadan ini lebih bermakna untuk kita sekeluarga. Dalam mendidik anak dan melahirkan generasi Islamik yang celik al-Quran, marilah kita mulakan dengan menjadikan Juzuk Amma sebagai al-Quran pertama mereka.
Untuk mendapatkan Muqaddam Juzuk Amma, KLIK SINI.