
Episod 1 : Bagaimana Menjadi Ibu Bapa yang Lebih Tenang?
Sibuk dengan kerja pejabat, kerja rumah, kerja sekolah anak. Anak bising, tak dengar cakap... Kita pun meletup marah, kemudiannya menyesal.
Apa yang lebih penting adalah untuk anak-anak kita mempunyai minat membaca yang semakin meningkat mengikut usia mereka. Kajian menunjukkan apabila anak-anak 'dipaksa' belajar membaca sebelum umur 5-6 tahun, minat membaca mereka mula menurun ketika umur mereka mencecah 9-10 tahun. Kemampuan membaca mereka juga tidak lebih tinggi daripada kanak-kanak yang mula membaca sekitar umur 7 tahun.
Malah kanak-kanak yang mula pandai membaca ketika berumur 7 tahun menunjukkan peningkatan minat membaca yang lebih tinggi walaupun selepas umur 9-10 tahun.
Jadinya apa sebenarnya yang kita mahukan? Kemampuan mereka membaca awal atau minat membaca yang meningkat?
Antara isu-isu yang kami akan fokuskan dalam kempen Let Kids Be Kids
Kami akan bawakan perbincangan berkenaan isu-isu seperti keperluan emosi, stress, ADHD, ASD dan sebagainya.
Aspek fizikal menentukan aktiviti yang mereka boleh lakukan dan tidak mungkin boleh dilakukan.
Bagaimana hubungan masjid dan kanak-kanak. Apa yang masjid boleh lakukan? Apa yang ibu bapa boleh lakukan?
Bagaimana kanak-kanak belajar? Apa kaedah pembelajaran yang sesuai mengikut peringkat umur mereka?
Siri webinar ini akan dibawakan bersama pakar-pakar dalam bidang masing-masing untuk mebincangkan isu kanak-kanak bagi membantu ibu bapa membesarkan anak-anak dengan baik.
Jika anda mempunyai matlamat yang sama dan ingin berkolaborasi, boleh hubungi kami dengan mengisi borang di bawah.