Kaedah Flash Card Bantu Anak Cepat Kenal Huruf Hijaiyyah

Kaedah Flash Card Bantu Anak Cepat Kenal Huruf Hijaiyyah - aulad.my

Peningkatan tumbesaran mental kanak-kanak berlaku sangat pantas sekitar usia lahir hingga 4 tahun. Ramai ibu bapa yang telah mendedahkan anak-anak dengan bahan-bahan aktiviti berkonsepkan pembelajaran lebih awal. Antara yang paling popular kerana keberkesanan penggunaannya ialah kaedah flash card.  

Flash card merupakan kaedah pengajaran yang mudah di rumah. Penggunaan flash card mampu membantu kanak-kanak untuk mencapai perkembangan otak mereka secara keseluruhan dengan merangsang kaedah pembelajaran iaitu kinestetik, auditori dan visual pada masa yang sama.

Kaedah flash card juga digunakan oleh ibu bapa untuk memperkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf Hijaiyyah sejak kecil lagi, selain memperdengarkan mereka melalui video atau audio. Lumrah kanak-kanak sukakan aktiviti atau suka bermain. Jadi, penggunaan flash card yang berkonsepkan belajar sambil bermain membolehkan kanak-kanak untuk lebih cepat kenal, ingat dan hafal huruf-huruf Hijaiyyah dengan santai. 

Huruf-huruf Hijaiyyah dalam Kad Pintar Jawi - HiJAAQ

Kad Pintar Jawi - HiJAAQ antara flash card yang sesuai digunakan untuk memperkenalkan anak anda dengan huruf-huruf Hijaiyyah. Dengan warna birunya yang terang dan menarik mampu menarik perhatian kanak-kanak untuk mengenali huruf-huruf ini dengan mudah. Saiznya yang besar juga sangat sesuai untuk dipegang oleh kanak-kanak seawal usia 4 tahun. 

Selain kualiti kad yang baik, Kad Pintar Jawi - HiJAAQ ini boleh digunakan oleh kanak-kanak sehingga mereka belajar Jawi di sekolah nanti. Hal ini kerana, Kad Pintar Jawi - HiJAAQ ini sememangnya juga dikhususkan untuk kanak-kanak belajar menyambung Jawi dengan cepat dan tepat pada peringkat sekolah rendah. 

 - aulad.my

Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Koleksi Buku Cerita

  • Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak di bulan Ramadan - aulad.my

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

  • Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepada anak malam ini - aulad.my

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

  • Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pertama mereka - aulad.my

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

1 of 3