Hari ini kita sudah memasuki fasa pertengahan puasa. Seperti tahun-tahun sebelumnya, maka bermulalah episod persediaan raya.
Sudah hampir 2 tahun kita hanya beraya dalam suasana PKP, tahun 2022 ini pasti ramai dalam kalangan kita yang akan ‘membalas dendam’ dan beraya ‘lebih sakan’.
Menjadi tradisi di hari raya adalah pemberian duit raya. Mula dengan memberi duit raya di pagi Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak semasa sesi bermaafan sehinggalah memberi duit raya di rumah saudara-mara, rakan dan duit raya untuk tetamu.
Amalan kutip duit raya juga menjadi tradisi semenjak kecil. Maklumlah, raya setahun sekali.
Namun, ada baiknya juga jika kita cuba tukar tradisi. Selalu dalam sampul raya ada duit raya, kita tukar nilai duit raya kepada buku raya.
Buku raya?
Ya, kita bagi sampul duit raya macam biasa, tapi dalamnya terisi buku raya. Yang mana nilainya sama seperti duit raya yang ingin kita beri.
Menarik, kan?
Kanak-kanak pun pasti teruja. Dapat sampul raya, tapi dalamnya buku raya.
Paling eksklusifnya siap ada nama mereka dalam buku raya.
Lihat di sini: https://aulad.my/products/buku-cerita-indahnya-berdoa
Buku raya apa lagi yang ada?
Anda boleh lihat katalog untuk jadikan buku raya di sini:
https://aulad.my/collections/all-products