Sama seperti kita, anak-anak memerlukan ruang mereka sendiri di rumah. Ruang ini mungkin bilik tidur mereka atau satu sudut di ruang tamu. Ruang ini tidak perlu besar dan tidak perlu berbelanja besar.
Ruang ini penting bagi membina rasa tanggungjawab anak-anak untuk pastikan ruang itu bersih, kemas dan sebagainya.
Untuk itu kita juga perlu bersedia untuk ruang ini bersepah. Mereka boleh simpan barang-barang mereka di situ tanpa risau kita ibu bapa akan sentuh barang itu.
Sediakan ruang begini untuk mereka dimana mereka boleh mencari ketenangan, ruang untuk mereka merajuk, ruang untuk mereka bereksplorasi dan sebagainya yang tidak diganggu oleh kita.
Sediakan juga satu rak kecil untuk mereka susun buku-buku mereka. Semakin mereka besar, koleksi buku mereka juga akan membesar bersama mereka.