Setiap kali Ramadan tiba, ibu ayah pasti ada cabaran tersendiri untuk melatih anak-anak berpuasa. Lebih-lebih lagi anak-anak sekitar 5 dan 6 tahun, yang baru sahaja belajar berpuasa.
Mereka akan kelihatan letih sehinggakan kita rasa kesian dan meminta untuk berbuka awal.
Namun, mereka cuba untuk penuhkan sehari berpuasa. Mungkin mereka sudah memahami tentang tuntutan berpuasa di bulan Ramadan.
Tidak kurang juga ada yang ‘berdrama’, merungut dan berpuasa hanya separuh hari.
Tidak mengapa. Usah dimarah, usah dipaksa.
Telatah mereka yang masih dalam fasa belajar berpuasa ni lah mencuit hati kita dan bakal menjadi kenangan yang akan kita ceritakan kepada mereka apabila sudah besar nanti.
Ibu ayah boleh cuba untuk tambahkan pengetahuan anak-anak tentang puasa dan merancang untuk meluangkan masa bersama anak-anak di bulan Ramadan nanti dengan membaca buku.
Dapatkan koleksi bacaan sepanjang Ramadan di sini: Klik SINI
Selamat menjalani ibadah puasa bagi tahun 2023 bersama anak-anak tersayang. Semoga Ramadan kali ini memberi makna yang bernilai kepada anak-anak untuk mereka ceritakan pengalaman mereka apabila besar nanti.