Panduan memilih buku untuk anak-anak

Panduan memilih buku untuk anak-anak - aulad.my

Membaca adalah antara cara untuk membantu anak anda mengembangkan kemahiran bahasa mereka. Ianya juga membantu memperluas pengetahuan mereka, dan membina nilai empati dalam diri mereka.

Tetapi dengan pilihan buku yang banyak, proses mencari buku yang sesuai untuk mereka boleh menjadi sangat memenatkan. 

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memilih buku yang akan menghibur dan membangkitkan minat membaca anak anda:

  1. Cari buku yang sesuai dengan umur: Pastikan anda memilih buku yang sesuai dengan umur dan tahap membaca anak anda. Periksa cadangan umur yang disyorkan di bahagian belakang buku (jika ada). Untuk buku di aulad.my, anda boleh memilih buku mengikut umur di halaman ini.

  2. Apa minat anak anda?: Fikirkan tentang apa yang anak anda minat, apa yang membangkitkan rasa ingin tahu mereka?. Sama ada binatang, angkasa, atau superhero, cari buku yang seiring dengan minat mereka. Ini akan memudahkan mereka untuk terus minat membaca.

  3. Baca ulasan buku: Cari ulasan dari sumber yang dipercayai, seperti pustakawan, guru, atau ibu bapa lain untuk mendapatkan idea tentang kandungan buku dan kesesuaian untuk anak anda. (Semua review di aulad.my disahkan oleh judgeme, anda boleh membacanya di setiap halaman buku).

  4. Pilih buku dengan illustrasi yang menarik: Ilustrasi dalam buku kanak-kanak sama atau mungkin lebih penting dari teks, lebih-lebih lagi jika mereka masih belum boleh membaca. Illustrasi yang menarik dan teliti akan dapat menceritakan kisah buku tersebut kepada anak anda disamping membina imaginasi mereka. 

  5. Baca beberapa muka surat pertama: Ambil beberapa minit untuk membaca beberapa muka surat pertama buku untuk mendapatkan gambaran tentang gaya penulisan dan sama ada ia sesuai untuk anak anda.

  6. Pertimbangkan karakter pelbagai latar belakang dan budaya: Cari buku yang menampilkan watak dan cerita yang berbeza untuk mendedahkan anak anda kepada budaya dan perspektif yang berbeza. Ini juga dapat membina nilai empati kepada anak anda. Tetapi berhati-hati dengan kandungan yang tidak sesuai dengan agama dan budaya kita seperti perayaan agama lain yang mengajar ritual, kandungan yang melibatkan LGBTQ dan lain-lain yang dianggap tidak sesuai dan bertentangan dengan ajaran dan nilai Islam.

  7. Pilih buku yang mempromosikan nilai positif: Cari buku yang mengajar nilai-nilai penting seperti kebaikan hati, empati, dan hormat terhadap orang lain.

  8. Pilih bersama anak anda: Ajak mereka bersama-sama ketika memilih buku. Anda akan lebih mengenali anak anda, minat dan kecenderungan mereka. Aktiviti ini akan lebih mengeratkan hubungan anda dan anak-anak selain membina keyakinan diri mereka untuk membuat keputusan.

Memilih buku yang sesuai untuk anak anda boleh memberi pengalaman yang menyeronokkan dan memuaskan. Dengan mempertimbangkan minat anak anda, membaca ulasan, memeriksa ilustrasi, dan mempertimbangkan kepelbagaian dan nilai positif, anda akan jumpa buku yang sesuai untuk anak anda dan membina keseronokan membaca dalam diri mereka.

Membaca bersama dengan anak anda dapat membina kenangan indah anda dan anak-anak yang akan diingati mereka apabila mereka dewasa nanti.

Back to blog

Koleksi Buku Cerita

  • Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak di bulan Ramadan - aulad.my

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

  • Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepada anak malam ini - aulad.my

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

  • Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pertama mereka - aulad.my

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

1 of 3