Lakukan langkah R.I.D.D untuk atasi anak kerap tantrum

Lakukan langkah R.I.D.D untuk atasi anak kerap tantrum - aulad.my

“Asal pagi je mengamuk. Nak apa sebenarnya anak aku ni?”

Tengah bawak kereta nak ke tempat kerja, saya tertanya-tanya.  

Kenapa lah sejak seminggu dua ni, anak saya makin menjadi buat perangai? Dulu masa 2 tahun tak sangat. Sekarang dah masuk 3 tahun suka mengamuk. Menangis tak tahu pasal. Baling semua mainannya. Kita ni, rasa geram tak payah cerita. Rasa nak cubit-cubit, hempuk-hempuk saja. Tapi, masih boleh sabar dan terus istighfar.

Bila masuk pejabat, saya ceritakan masalah saya pada rakan sebelah meja. Rupa-rupanya, mengamuk atau tantrum ni normal untuk budak-budak. Tapi, saya masih rasa tak puas hati dengan jawapan tu. Jadi, saya mula cari maklumat dan baca tentang tantrum.

Tantrums most commonly occur between the ages of two and three but may occur as young as 12 months. Researchers have found that tantrums occur in 87% of 18 to 24-month-olds, 91% of 30 to 36-month-olds, and 59% of 42 to 48-month-olds. It is common for toddlers to have a tantrum at least once per day, as is the case for 20% of two-year-olds, 18% of three-year-olds, and 10% of four-year-olds. Five to seven percent of one-to three-year-olds have tantrums lasting at least fifteen minutes three or more times per week. -Temper Tantrums. In StatPearls. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing.

Selepas dah tahu situasi ni normal berlaku pada kanak-kanak, saya lega. Saya tahu, mungkin anak saya berkelakuan sebegitu disebabkan dia inginkan sesuatu. Dia cuba untuk mendapatkan perhatian daripada saya untuk penuhi permintaannya.

Saya banyak berkata TIDAK kepadanya. Saya banyak menghalang dia melakukan aktiviti atau perkara-perkara yang dia ingin explore sendiri sebab risaukan keselamatannya.

Betul lah. Kanak-kanak masih belum pandai mengurus emosi mereka. Jadi, dengan tantrum cara dia kawal emosi marah, kecewa. 

Saya cuba cari lagi macam mana nak cuba hentikan tantrum ni. Sebuah artikel bertajuk Temper Tantrums mencadangkan beberapa langkah untuk tangani masalah ini, dengan akronim R.I.D.D iaitu:

  • Remain calm
  • Ignore the tantrum
  • Distract the child
  • Do say “yes” when meeting the child’s physical and safety needs, but don’t give in to demands

Saya akan cuba langkah ini kepada Ali. Harapnya sedikit sebanyak dapat atasi situasi tantrum dia.

Jika anak anda juga kerap tantrum, semoga langkah ini dapat membantu kita menangani anak-anak dengan lebih tenang.

 -Sabna Ghani

Back to blog

Koleksi Buku Cerita

  • Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak di bulan Ramadan - aulad.my

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

  • Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepada anak malam ini - aulad.my

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

  • Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pertama mereka - aulad.my

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

1 of 3