Artikel ini ditulis oleh Puan Pija Ramli. Beliau merupakan seorang ahli psikologi perkembangan dan pengasas perkhidmatan psikologi “Mind Scheme”.
Sesi persekolahan yang bakal bermula ini menimbulkan persoalan dan tanda tanya bagi sesetengah ibu bapa. Ikuti perkongsian daripada Puan Pija Ramli tentang kebimbangan yang dialami oleh ibu ayah.
Parents yang ada anak nak masuk sekolah rendah mesti tengah nervous sekarang. 😁
Boleh ke anak saya membaca dengan baik?
Boleh ke anak saya menulis dengan kemas?
Boleh ke anak saya ikut arahan cikgu?
Boleh ke anak saya berkawan?
Betul ke betul? 😂
Sama lah untuk saya sendiri, tapi Afi akan masuk tadika insya Allah bulan 3 nanti, kelas 4 tahun walaupun dia baru masuk 3 tahun - 3 tahun 2 bulan secara tepatnya. Jauh lagi nak capai 4 tahun.
Jadi, kerisauan saya dan parents yg anak lahir hujung tahun ni ialah, mampu ke mereka keep up dengan kawan sekelas?
Dan itulah sebab mengapa saya daftarkan juga anak saya. Untuk bantu dia belajar dan bersedia dalam suasana pembelajaran formal sebelum ke sekolah rendah.
Saya kongsikan matlamat dan cara menyediakan anak untuk ke sekolah;
3-5 tahun adalah peringkat anak untuk belajar memilih tingkah laku yang sesuai berdasarkan situasi dan permintaan.
Anak perlu belajar untuk bertindak balas terhadap permintaan & arahan orang dewasa lain, perlu belajar untuk bertoleransi melalui aktiviti bermain bersama rakan sebaya, perlu belajar untuk mengawal diri (sedar bahawa tidak semua kehendaknya perlu diikuti).
Keyakinan diri anak, keupayaan anak untuk adapt dengan suasana dalam kelas dapat dibantu dengan jadual rutin harian yang konsisten, adakan peraturan mudah untuk anak ikut, bagi anak buat kerja rumah ringan setiap hari, bagi anak keluar bermain setiap petang, bawa anak ke pelbagai tempat yang mempunyai rules yang berbeza (library, mall, playground, ziarah rumah orang lain etc). Kalau anak dah 3 tahun, insya Allah dah sesuai tu untuk parents masukkan anak ke tadika. Sebab modul sepatutnya berbentuk (play & learn).
5-7 tahun adalah peringkat anak belajar mendapatkan kemahiran asas akademik formal seperti mengingat, membaca, menulis, mendengar, menceritakan semula.
Ibu bapa sepatutnya sudah mengukuhkan integrasi sensori motor dan kesedaran spatial pada peringkat awal kanak-kanak. Pada fasa ini pula ibu ayah perlu mulakan latihan intensif untuk kemahiran formal. Ajar anak membaca ikut kaedah pilihan yang sesuai, ajar anak menulis dengan latihan menulis setiap hari, lakukan aktiviti story telling bersama anak setiap hari. Jangka masa bergantung pada tahap daya tumpuan anak masing-masing, bermula 15 minit bagi satu sesi.
Dalam masa yang sama, terus beri galakan kepada anak untuk memulakan persahabatan dan berinteraksi dengan orang lain- sebaya atau dewasa.
Persediaan utama yang ibu ayah perlu lakukan seawal usia 3 tahun adalah membantu anak meningkatkan keupayaan penyesuaian diri dalam pelbagai situasi sosial, formal dan tidak formal. Ini adalah sangat penting. Walaupun anak anda bijak, genius tetapi sekiranya anak tidak mempunyai keupayaan menyesuaikan diri, anak tidak dapat berfungsi dengan baik di sekolah.
Pija Ramli
#developmentalpsychologist
Nantikan karya sulung Puan Pija Ramli bertajuk Buku Poket Anak Kecil yang mengetengahkan tentang psikologi perkembangan kanak-kanak dan ilmu parenting untuk ibu ayah kuasai.