Kanak-kanak perlu tahu ilmu asas pegang pensel sebagai persediaan memasuki sekolah

Kanak-kanak perlu tahu ilmu asas pegang pensel sebagai persediaan memasuki sekolah - aulad.my

Ramai ibu bapa mengharapkan permata hati mereka pandai membaca dan menulis pada masa yang sama apabila mula bersekolah. Mendengar pengalaman daripada guru prasekolah, ada sebahagian kanak-kanak yang boleh membaca dengan cepat, namun tidak dapat menulis dengan baik.

Kenapa?

Kerana kanak-kanak tersebut tidak didedahkan terlebih dahulu dengan cara genggaman atau pegang pensel. Ibu bapa di rumah khususnya hanya terus memberikan anak-anak pensel untuk dipegang atau sewaktu melakukakan aktiviti mewarna, tanpa menitik beratkan cara memegang pensel. Sebenarnya, itu adalah ilmu asas yang perlu kanak-kanak kuasai bermula dari rumah lagi.

Mereka perlu didedahkan dari awal lagi tentang cara pegang pensel dan cara kawalan pergerakan pensel semasa menulis dengan betul.

Penting ke genggaman pensel?

SANGAT PENTING! Kerana untuk memastikan kanak-kanak dapat menulis dengan baik sekaligus tulisan mereka difahami untuk dibaca.  

Genggaman pensel melibatkan otot halus pada bahagian tangan dan jari. Ada banyak cara genggaman pensel sebagaimana yang diperkenalkan oleh Schneck & Henderson (1990) seperti genggaman supinate tapak tangan, genggaman pronate digital, genggaman 4 jari, genggaman tripod statik, genggaman tripod dinamik dan banyak lagi.

Klasifikasi genggaman pensel ini didapati mula dilakukan oleh kanak-kanak mengikut peringkat umurnya. 

Bagi pakar terapi, mereka tidak beranggangapan bahawa genggaman tripod dinamik iaitu dengan cara ibu jari dan jari telunjuk, dan dialas dengan jari tengah sebagai satu-satunya genggaman pensel yang berkesan untuk kanak-kanak.

Namun, sekiranya ia selesa bagi kanak-kanak semasa menggenggam pensel untuk menulis dengan baik, itu adalah yang terbaik.

Perkara yang perlu dititik beratkan semasa menggenggam pensel dengan cara tersebut ialah:

  • Tiada kesakitan
  • Tulisan dapat dibaca
  • Keupayaan untuk menulis yang sesuai dengan umur tanpa memenatkan mereka

Bagaimana ibu bapa boleh melatih kanak-kanak memegang pensel dengan cara genggaman tripod dinamik?

Pergerakan pensel bagi cara ini hanya melibatkan ibu jari dan jari, bukannya melibatkan tangan ataupun siku. Kedudukan pergelangan tangan dan siku haruslah stabil di atas meja. Selain itu, kelihatan juga ruang terbuka antara ibu jari dan jari telunjuk yang membentuk ‘bentuk C’. ⠀

Namun begitu, peringkat umur bagi kanak-kanak mula memegang dengan cara genggaman tripod dinamik ini selalunya bermula dari 6 tahun atau 7 tahun.

Tidak salah sekiranya ibu bapa mengajarkan lebih awal tentang cara genggaman pensel seperti ini kepada kanak-kanak sebagai persediaan untuk memasuki tadika atau prasekolah. 

Oleh itu, ibu bapa haruslah peka dengan cara genggaman pensel agar anak-anak tidak mudah berasa penat dan hilang motivasi untuk menulis. 

.

Rujukan:

Ann-Sofie Selin. (2003). Pencil grip : a descriptive model and four empirical studies. Åbo : Åbo Akademi University Press

Schneck, C. M. (1991). Comparison of pencil-grip patterns in first graders with good and poor writing skills. American Journal of Occupational Therapy, 45, 8, 701– 706.

Back to blog

Koleksi Buku Cerita

  • Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak di bulan Ramadan - aulad.my

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

  • Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepada anak malam ini - aulad.my

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

  • Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pertama mereka - aulad.my

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

1 of 3