Sudahkah anda memeluk anak-anak hari ini?
Bagi ibu, sudah menjadi kebiasaan untuk peluk anak dan tidak menjadi masalah. Tapi, bagi sebahagian ayah mungkin terasa kekok untuk memeluk anak terutamanya anak perempuan.
Mengapa perkara ini berlaku?
Hal ini kerana berkemungkinan sesetengah ayah selalu tidak mengambil kisah tentang hal ini, kadangkala merasakan hanya ibu yang sepatutnya sentiasa peluk anak.
Sebenarnya, ada kebaikan yang tanpa kita sedar melalui rutin memeluk anak.
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dipeluk setiap hari oleh ibu bapa mempunyai kekuatan IQ yang lebih hebat berbanding kanak-kanak yang kurang dipeluk.
Mulai hari ini, peluklah anak anda setiap hari. Lama kelamaan akan menjadi biasa nanti. InsyaAllah.
Ibu ayah boleh jadikan kebiasaan peluk anak sebelum mereka tidur. Selepas bacakan mereka buku cerita atau 'bedtime story', peluklah mereka.
Jika anda ingin mendapat pilihan buku untuk dibacakan bersama anak-anak, lihat di sini : https://aulad.my/collections/buku-cerita
Catatan tambahan:
Ibu-ibu bolehlah ingatan para suami supaya tidak lupa memberikan pelukan kepada anak setiap hari. Nanti mereka sudah besar, sudah jauh dengan kita, kita akan rindu nak peluk mereka.