Kebolehan membaca anak-anak adalah antara perkara yang paling dirisaukan ibu bapa. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak kita membesar dalam suasana pandemik, kebolehan membaca anak-anak juga tertangguh.
Ada kaedah yang anda boleh lakukan untuk memperkukuhkan kemampuan membaca anak-anak. Kaedah ini saya dapat dari guru tadika anak saya.
Setiap kali apabila dalam perjalanan, samada ke sekolah, ke kampung, berjalan-jalan atau sebagainya, minta anak bacakan huruf atau nombor yang berada disepanjang jalan.
Anda boleh mulakan dengan nombor plat kenderaan lain jika anak-anak baru mengenali abjad dan angka, dan boleh meminta anak-anak mengeja papan tanda jalan, papan iklan (tapi hati-hati dengan iklan yang tidak senonoh), iklan di kenderaan awam seperti bas dan teksi.
Anda juga boleh meminta anak-anak menjadi pandu arah dengan memberitahu anda arah mana untuk ke Seremban contohnya dengan membaca papan tanda jalan.
Jadikan ianya permainan bersama anak-anak. Latihan begini sahaja sudah cukup untuk latihan membaca harian anak-anak.
Membaca dalam keadaan bergerak juga secara tidak melatih mata anak-anak untuk membaca dengan lebih cepat.
InsyaAllah jika dilakukan kerap dan berterusan, anak akan mampu membaca dengan lancar, cepat dan tepat tanpa mengambil masa anda di rumah.
Bila sampai di rumah, anda dan anak-anak ada lebih masa untuk melakukan aktviti lain.
Semoga bermanfaat 😃.