Ramadan ini, setiap malam bawa anak keluar sebentar untuk tengok bulan. Tunjukkan pada mereka makna Bulan dalam Islam.
Ceritakan pada mereka, bulan Ramadan (dan juga bulan-bulan lain) bermula apabila anak bulan muncul. Bentuk bulan yang kelihatan waktu ini adalah sangat halus dan biasanya tidak kelihatan dengan mata kasar. Sebab itu ahli falak perlu menggunakan teleskop untuk melihat anak bulan di lokasi-lokasi tertentu.
Ceritakan juga pada anak, anak bulan ini bukan bulan sabit. Bulan sabit biasanya berlaku sekitar hari ke 3-6.
Anak akan dapat melihat perubahan bentuk bulan dan kaitannya dengan tarikh bulan Islam.
Semoga bermanfaat