Anda pernah ceritakan tentang nama-nama tempat yang ada di Makkah kepada anak anda?
Sempena Aidiladha ini, mari kita diceritakan kepada anak-anak tentang Kota Suci Islam sebagai pengetahuan mereka.
Pernah dengar nama Mina?
Mina terletak di Makkah. Mina merupakan tempat para jemaah haji berkumpul untuk melakukan amalan wajib ibadah haji iaitu melontar di tiga jamrah dan menyembelih korban.
Kenapa tempat tersebut diberi nama Mina?
Nama Mina diberi kerana banyak darah korban.
Selain nama tempat, Mina juga disebut sebagai hari sembelihan (yaum al-nahar) dan hari raya haji (yaum 'aidil adha). Mina merupakan hari yang besar kerana beberapa amalan ibadah haji dilakukan.
Cerita ini dipetik daripada Siri Kembara Kota Suci Islam - Makkah. Banyak lagi kisah dan cerita setiap tempat di Makkah yang boleh diceritakan kepada anak anda.
Dapatkan buku cerita ringkas dan menarik ini di https://aulad.my/products/set-siri-kembara-kota-suci