Zaman sekarang, kita ada kecenderungan untuk kekal bersih sentiasa sebagai langkah untuk melindungi anak-anak daripada kuman da virus. Walaupun kebersihan itu penting untuk kesihatan dan keselamatan, sedikit kekotoran sebenarnya membawa kebaikan.
Banyak kajian menunjukkan kuman dan bakteria di tanah memberi kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang anak-anak kita. Ini kerana bermain dengan tanah dapat merangsang dan meningkatkan sistem imuniti badan mereka.
Sifat anak-anak yang suka meneroka dunia sekeliling mereka adalah fitrah yang Allah jadikan. Jadi berikan mereka ruang untuk menyentuh dan memegang apa yang mereka inginkan (selagi masih selamat) seperti tanah, pokok, serangga dan lain-lain.
Kanak-kanak belajar melalui sentuhan dan rasa. Jadi ada kemungkinan tanah akan termasuk dalam mulut mereka. Ketika itu mereka akan belajar rasa tanah itu tidak sedap dan bukan untuk dimakan dan kita boleh basuh mulut itu kemudian. Ketahuilah, mereka telah belajar menemui sesuatu yang menarik secara sendiri.
Apa yang penting, kita sebagai ibu bapa memantau keselamatan mereka supaya mereka dapat belajar dan meneroka secara kendiri dalam keadaan yang selamat.
Rujukan:
Gavin McCormack