Berikan ruang untuk anak anda bereksplorasi dan meneroka

Berikan ruang untuk anak anda bereksplorasi dan meneroka - aulad.my

Kebolehan berfikir adalah antara perkara terpenting yang anda perlu latih dalam diri anak-anak. Dengan kemampuan berfikir yang baik, anak anda bukan sahaja dapat membaca dengan baik tetapi dapat memahami makna apa yang dibacanya itu.

Kemampuan berfikir dengan baik juga membantu anak-anak membuat keputusan dengan betul. 

Kita tidak mahu anak-anak yang pandai membaca tetapi tidak faham apa yang dibaca. Pandai mengira tetapi tidak tahu mengaplikasikan teknik pengiraan itu. Menghafal banyak surah tetapi tidak dapat mempraktikkan apa yang dihafalkannya.

Kemampuan berfikir dengan baik ini perlu dipupuk dengan memberi autonomi kepada anak-anak untuk meneroka dan belajar secara kendiri. Bukan disuap dengan segala jawapan.

Tetapi dengan kita memberi soalan balas terhadap soalan yang ditanyakan mereka. Biar otak mereka berfikir. Biar otak itu meneroka dan mencari jawapan kepada soalan yang ditanya mereka. Disaat mereka menemui jawapan dan solusi dengan sendiri, saat itulah anda telah memberi satu hadiah amat berharga buat mereka iaitu kemampuan untuk berfikir dan menemukan sesuatu tanpa pertolongan anda ibu dan ayah.

Biarkan anak meneroka

zulfadhli

Back to blog

Koleksi Buku Cerita

  • Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak di bulan Ramadan - aulad.my

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

  • Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepada anak malam ini - aulad.my

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

  • Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pertama mereka - aulad.my

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

1 of 3