Professor Elsabeth Grunner menyatakan apa yang unik tentang membaca adalah ianya memerlukan kita untuk mencipta dan membayangkan apa yang dibaca.
Animasi dan filem tidak memberi peluang itu kepada penontonnya. Watak yang diceritakan jelas rupa dan suaranya. Situasi, lokasi dan semua perkara divisualkan dengan cukup terperinci.
Dengan kata lain, membaca membina imiginasi pembaca.
Professor Erich Jarvis (Pakar Sains Neuro) mendapati sewaktu kita membaca, kita menghasilkan tahap aktiviti motor yang sangat rendah di bahagian kerongkong kita. Walaupun kita membaca dengan senyap dan tiada bunyi yang keluar dari mulut kita, kita sebenarnya sedang bercakap perkataan yang kita baca dan mendengar perkataan-perkataan tersebut di dalam kepala kita.
Hasil dari penemuan ini kata beliau menunjukkan membaca membantu meningkatkan kualiti komunikasi dalam bentuk penulisan dan percakapan.
Selain itu banyak kajian lain menunjukkan lebih banyak buku yang kanak-kanak baca atau dibacakan, lebih banyak perkataan yang mereka tahu. Ini juga membantu kemahiran komunikasi mereka dan seperti mana yang kita tahu, kemahiran komunikasi adalah antara kemahiran penting di umur dewasa.
Buku adalah keperluan yang tidak mendesak.
Kita semua tahu keperluannya, tapi hasilnya tidak dapat dituai sekarang. Jadi kita tangguhkan membacanya.
Kita tahu kepentingannya, tapi ianya tidak dapat menyelesaikan 1001 masalah yang kita hadapi sekarang.
Tetapi jika kita sabar membacanya, jika kita sabar membina minat membaca anak-anak, kita akan bersyukur bila tiba masanya.