Penat sudah menjadi sinonim dengan hidup kita. Kesibukan kita sudah menjadi tidak munasabah. Ada di antara kita yang terpaksa melakukan lebih dari 1 kerja demi kelangsungan hidup. Ada yang mempunyai tanggungjawab yang besar walaupun hidupnya selesa.
Sesetengah penat boleh hilang dengan kita mendapat rehat yang cukup dan baik. Tetapi ada kepenatan yang tidak dapat dihilangkan dengan sekadar tidur dan rehat.
Kepenatan ini panjangnya berminggu, berbulan dan mungkin bertahun. Kepenatan yang ini akan membuatkan kita tidak ingin berbuat apa-apa. Sebahagian kita ada yang sentiasa berasa sedih dan kecewa. Kita cuba untuk hilangkan kepenatan ini, tetapi sentiasa gagal. Kita mula marah-marah dan emosi kita sering terganggu.
Kesannya bukan hanya pada kita, tetapi pada keluarga dan rakan-rakan yang ada disekeliling kita.
Jika anda berada dalam situasi begini, anda perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar. Kesihatan mental sering disalahertikan. Otak kita sama seperti organ-organ lain tidak lepas dari diuji dengan kasakitan.
Isu kesihatan mental bukan tanda aras iman seseorang. Ianya juga tidak ditentukan oleh kekayaan dan pendidikan yang kita miliki. Kita semua berisiko menghadapi isu kesihatan mental.
Ini apa yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan bantuan:
- Anda boleh ke klinik kesihatan berhampiran dan maklumkan kesukaran yang anda hadapi serta ingin membuat ujian DASS.
- Anda juga boleh ke klinik swasta Pakar Psikiatri atau Ahli Psikologi Klinikal untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.
- Anda juga boleh mendapatkan bantuan melalui MIASA - https://miasa.org.my/
- Sementara itu anda boleh lakukan ujian DASS dan bawa keputusan ujian ini semasa temujanji. Boleh klik link ini. https://www.ramlimusa.com/questionnaires/depression-anxiety-stress-scale-dass-21-bahasa-malaysia/
- Bagi kes kecemasan, anda boleh terus ke unit kecemasan mana-mana hospital terdekat.
Isu Kesihatan mental bukan gila. Tetapi adalah penyakit yang melibatkan ketidakseimbangan kimia dalam otak kita. Rawatan dari Doktor Pakar dan Ahli Psikologi klinikal boleh membantu kita mengawal gejala dan isu yang timbul.
Jangan berasa malu, jangan berasa anda tidak layak untuk mempunyai isu kesihatan mental. Dapatkan rawatan dan Ramadan ini, banyakkan berdoa untuk anda dapat jalan keluar, diberi kekuatan keluar dari situasi itu dan dipermudahkan urusan anda.
Semoga dipermudahkan
Jika ada kesalahan dalam artikel di atas, mohon maklumkan kepada kami. Terima kasih