5 Kesilapan Semasa Memberi Ubat Kepada Kanak-Kanak

5 Kesilapan Semasa Memberi Ubat Kepada Kanak-Kanak - aulad.my

Artikel ini ditulis oleh Puan Syafi’ah Bakarudin. Beliau merupakan seorang Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia dan penulis buku Siri Kenali Ubat.

Sebagai pegawai farmasi, kerap kali saya berhadapan dengan kes-kes yang melibatkan kesilapan ketika memberi ubat kepada kanak-kanak. Biasanya berlaku di antara ibu bapa dan anak-anak di rumah. Di lapangan semasa memberi ceramah mengenai penggunaan ubat, saya dihujani pelbagai soalan terutama cara pengambilan ubat, dos, tarikh luput, cara simpan dan banyak lagi.

Sebab itulah saya mengambil inisiatif untuk menulis buku Siri Kenali Ubat sebagai bahan pendidikan dan juga panduan kepada ibu bapa dan penjaga supaya ilmu pengetahuan mengenai ubat ini dapat diajar kepada kanak-kanak.

Berikut saya kongsikan 5 kesilapan yang kerap berlaku berkait dengan ubat dan kanak-kanak.

  1. Tidak mematuhi waktu pengambilan ubat

Setiap ubat mempunyai waktu untuk dimakan kerana setiap ubat memiliki dos-dos tertentu. Ubat-ubat ini tidak boleh dimakan terlalu awal dari waktu sebelumnya kerana akan menyebabkan ‘over dose’ dan tidak pula boleh terlalu lewat kerana boleh menyebabkan kesan ubat kepada badan berkurang. Ini bagi kes ubat yang perlu diambil secara berkala. Namun, bagi ubat bila perlu juga masih mempunyai tempoh minimum jarak masa untuk ia diambil. Anda boleh cuba untuk menggunakan penggera pada jam atau handphone supaya waktu makan ubat lebih teratur.

  1. Terlebih dos atau ‘overdose’

Hal ini biasanya terjadi apabila kita terlupa sama ada ubat telah diambil atau belum, lebih-lebih lagi jika ada banyak ubat untuk diambil dalam satu-satu masa. Untuk itu, ibu bapa bapa boleh buat ‘check list’ ubat. Dan diingatkan juga, sekiranya kita terlupa untuk beri ubat, jangan kita ‘double’ kan dos untuk waktu makan berikutnya.

  1. Mengabaikan arahan ubat

Terdapat arahan pada ubat. Jika pada botol terdapat arahan-arahan tertentu mengikut jenis ubat. Biasanya terdapat ubat yang dikehendaki untuk disimpan tempat sejuk seperti ubat antibiotik, anti-viral dan lain-lain lagi. Oleh itu, arahan pada ubat perlu diikuti bagi memastikan fungsi dan keadaan ubat sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

  1. Tidak peka dengan dos

Kepada ibu bapa mempunyai anak yang ramai biasa akan berkongsi ubat. Hal ini perlu kita ambil berat. Meskipun ubat yang sama perlu dimakan, dos akan berbeza mengikut berat badan dan umur. Jadi, dapatkan dos yang tepat dari pengamal perubatan yang bertauliah.

  1. Penyalahgunaan ubat

Ini antara yang paling berbahaya. Terdapat ibu bapa yang cuba menyalahgunakan ubat dengan memberi ubat batuk atau ubat seumpamanya untuk membuatkan anak mengantuk dan bertenang. Penyalahgunaan ini adalah berbahaya dan berisiko untuk kanak-kanak. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor untuk pilihan ubat yang betul.

Puan Syafi’ah Bakarudin menggunakan platform penulisan buku cerita kanak-kanak sebagai sebahagian usaha Kempen Kenali Ubat Anda anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebanyak 10 buku cerita yang mengisahkan pelbagai isu berkaitan kesihatan selari dengan Kempen Kenali Ubat Anda anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku-buku yang akan anak anda dapat baca apabila anda membelikan mereka buku ini adalah:

Buku 1: Kembara Ubat Olah

Buku 2: Label Ubat Uwan

Buku 3: Di mana Ubat Olah?

Buku 4: Sukat Ubat Tepat-Tepat

Buku 5: Misi Melawan Raksasa Kuman

Buku 6: Ding Dong! Masa untuk Ambil Ubat

Buku 7: Salah Beli Ubat

Buku 8: Olah Melawat Farmasi

Buku 9: Olah Tak Nak Cucuk

Buku 10: Jom Pergi Bercuti

 

Dapatkan buku ini di: https://aulad.my/products/kombo-siri-kenali-ubat-1-10

Siri 1-5: https://aulad.my/products/siri-kenali-ubat-set-1

Siri 6-10: https://aulad.my/products/set-siri-kenali-ubat-set-2

 

Back to blog

Koleksi Buku Cerita

  • Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak di bulan Ramadan - aulad.my

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

  • Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepada anak malam ini - aulad.my

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

  • Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pertama mereka - aulad.my

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

1 of 3