Semoga Ramadan kalian lebih baik tahun ini

Semoga Ramadan kalian lebih baik tahun ini - aulad.my

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita diberi kesempatan dapat bertemu Ramadan sekali lagi tahun ini. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan sebelum ini.

Ramadan, pasangannya Al-Quran. Kita cuba jadikan Ramadan bulan untuk kita biasakan lidah membaca ayat-ayat al-Quran.

Saya sendiri berlawan dengan diri sendiri, memaksa diri untuk cuba mengkhatamkan al-Quran setiap kali Ramadan. Tetapi tidak pernah kesampaian.

Sama-sama kita cuba untuk dapat khatamkan al-Quran Ramadan tahun ini.

Tetapi jika tidak mampu. Cuba dapatkan walaupun satu muka surat sehari. Dalam podcast Ustaz Hasrizal yang saya dengar semalam semasa pulang dari pejabat. Beliau sarankan untuk kita jadi yang lebih baik sedikit dari bulan-bulan lain.

Kalau sebelum ini jarang membaca al-Quran, kita cuba untuk dapatkan satu muka surat sehari.

Apa yang penting adalah konsistensi. Otak kita tidak mampu mengendalikan perubahan yang ekstrim. Memang agak susah untuk kita dari tidak pernah baca, kepada baca 20 muka surat al-Quran setiap hari.

Setiap kita mempunyai perjalanan kita sendiri. Ini bukan perlumbaan kita dengan orang lain. Mereka mampu untuk khatamkan al-Quran, Alhamdulillah kita tumpang gembira dan kita berdoa supaya kita juga diberikan kemampuan untuk lakukan yang sama satu hari nanti insyaAllah.

Tetapi jangan bila kita lihat orang lain baca 20 muka surat setiap hari, kita pulun paksa diri sampai memakan diri sendiri. Kita buat ikut kemampuan kita dan perlahan-lahan tambah muka surat. 

Kita cuba sama-sama insyaAllah. Jika ada tips untuk anda kongsikan bagaimana anda membaca al-Quran semasa Ramadan, boleh komen di bawah.

Ramadan Mubarak!

Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Koleksi Buku Cerita

  • Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak di bulan Ramadan - aulad.my

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

  • Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepada anak malam ini - aulad.my

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

  • Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pertama mereka - aulad.my

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

1 of 3