Selamat Hari Pekerja 2022 | aulad.my

Selamat Hari Pekerja 2022

Pekerja diibaratkan sebagai aset. Sesebuah organisasi dapat beroperasi dan bergerak dengan adanya pekerja.

Kemahiran, kebolehan, akal fikiran dan kudrat setiap pekerja di sesebuah organisasi yang banyak menyumbang untuk memacu organisasi ke arah kemajuan dan kecemerlangan.

Di saat pandemik COVID-19 yang telah hampir 2 tahun melanda seluruh negara, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh golongan pekerja tak kira di sektor awam mahupun swasta.

Namun, masih ramai majikan yang menjaga hak pekerja. Pihak majikan masih mampu membayar gaji penuh, melayan pekerja dengan saksama, memberi ganjaran setimpal atas prestasi pekerja yang baik dan menghulurkan bantuan kebajikan kepada pekerja yang dilanda musibah.

Syukurlah…

Selamat Hari Pekerja 2022 dan selamat bercuti.

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.