Sekarang ni cuaca di tempat kita tak menentu. Kejap hujan, kejap panas. Kejap kita kat luar kena matahari, kejap kene kipas, aircond. Kadang-kadang sebab cuaca yang buatkan kita tak sihat. Lebih-lebih lagi anak-anak.
Bila anak-anak mula sakit, demam, ibu lah orang paling risau.
Ada yang kita dengar ibu-ibu cakap “Biar anak yang sakit, jangan ibu yang sakit”.
Ada betulnya juga.
Tugas ibu di rumah tak terkira banyaknya. Jaga makan minum keluarga, uruskan anak-anak, kemas rumah, masak dan banyak lagi kerja-kerja yang si ibu lakukan SETIAP HARI tanpa mengeluh dan lelah.
Jika seorang ibu jatuh sakit, maka tergendalah semuanya. Ayah mungkin membantu. Namun, tak sehebat tugas si ibu.
Tapi, bila dikatakan tadi “Biar anak yang sakit…”
Kalau anak sakit (dalam konteks demam, selesema), ada pula karenah yang ibu perlu hadap.
Contohnya tiba waktu nak makan ubat.
Boleh bergaduh, berperang dengan anak-anak masa tu.
Sebenarnya, ada kaedah ‘lembut’ yang kita boleh tawan hati anak untuk mudah makan ubat dengan ‘mempengaruhi pemikiran’ mereka.
'Mempengaruhi pemikiran' di sini bermaksud, kita ceritakan tentang kebaikan makan ubat, apa jadi jika tak makan ubat. Tunjukkan gambar bakteria, virus. Secara tak langsung, mereka dapat faham sebab kena makan ubat.
Ada buku cerita yang dicadangkan untuk membantu anak-anak faham tentang kebaikan ubat iaitu Siri Kenali Ubat yang ditulis oleh pakar dalam bidang ubat-ubatan iaitu Pegawai Farmasi sendiri, Puan Syafi'ah Bakaruddin.
Buku ini ada 5 siri yang dicetak berwarna-warni dengan ilustrasi menarik dan penceritaan yang sangat mudah difahami.
Banyak juga yang anak-anak boleh pelajari melalui buku cerita ini.
Satu lagi yang special, jika ibu ayah sering menghadapi masalah untuk mengajar tentang kebersihan dan kesihatan pada anak-anak, ini antara buku terbaik untuk membantu ibu ayah.
Jadi, lepas ni anak dah mula tahu jaga kebersihan bila dah baca buku ni.
Klik link ini untuk lihat preview dan beli set buku ini dari website kami.
https://aulad.my/products/siri-kenali-ubat/
Selamat Hari Kesihatan Sedunia.