Jika Khairulaming ada 30 Hari 30 Resepi, IMAN Publication pula ada 30 Hari 30 Speaker 30 Sharing, aulad.my ada 30 Hari 30 Bacaan Kanak-kanak.
Oleh kerana kami sering menerima pertanyaan daripada ibu ayah tentang cadangan bacaan untuk kanak-kanak, jadi, kami di aulad.my ingin membantu ibu ayah yang tercari-cari bacaan tambahan untuk anak-anak tersayang dengan berkongsi setiap hari sepanjang Ramadan ini bacaan untuk kanak-kanak di platform Instagram myaulad (klik untuk terus ke Instagram myaulad) dan Facebook aulad.my (klik untuk terus ke Facebook aulad.my).
Seperti ibu ayah sedia maklum, buku cerita memberi manfaat yang sangat banyak untuk kanak-kanak. Hal ini kerana, buku cerita itu sendiri dihasilkan untuk pelbagai tujuan seperti untuk menghibur, mendidik, menyampaikan pengetahuan, berkongsi pengalaman serta memotivasi kanak-kanak.
Ibu ayah, ketahuilah misi kita adalah berusaha menjadikan anak-anak generasi yang dekat dengan buku, sukakan buku dan generasi berilmu. Semuanya bermula dari kita, ibu ayah. Kitalah yang selayaknya menyediakan bacaan terbaik untuk anak-anak.
Oleh itu, terus ikuti kami di Instagram dan Facebook setiap hari ya, ibu ayah.
Ibu ayah boleh klik pautan ini:
Facebook : https://www.facebook.com/aulad.my
Instagram: https://www.instagram.com/myaulad/
Semoga Ramadan ini juga anak-anak dapat luangkan masa terluang dengan membaca. Terima kasih dan salam Ramadan 1444H.