Kitalah yang sepatutnya menjadi superhero anak kita

Kitalah yang sepatutnya menjadi superhero anak kita - aulad.my

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Membina karakter dan jati diri anak perlu bermula dari peringkat awal.

Pada saat lahirnya seorang anak, mereka akan diazan dan diqamatkan di kedua-dua telinga. Kemudian, dididik dengan asuhan yang penuh dengan kasih sayang.

Sampai ke peringkat remaja, anak-anak mula terdedah dengan dunia luar. Pelbagai masalah mula timbul.

Di mana silapnya?

Kita lupa untuk menjadikan diri kita (ibu bapa) sebagai role model pada anak kita. Hero mereka semasa kecil adalah karakter superhero di kaca tv.

Bila meningkat remaja, superhero diganti dengan artis-artis yang tidak senonoh kelakuannya. Mereka tidak biasa memandang tinggi pada ibu bapa.

Kitalah yang sepatutnya menjadi superhero anak kita.

Dengan segala masalah sosial yang semakin meningkat, Buku Profesor Mama cuba menengahkan ibu sebagai hero atau contoh kepada anak-anak, bukan menjadikan karakter-karakter superhero atau artis sebagai sumber ikutan.

Buku ini dipenuhi dengan mesej-mesej moral yang baik sebagai didikan awal kanak-kanak. Karakter Iman dan Nani yang memandang tinggi mama mereka diharap dapat menjadi sumber inspirasi anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai hero mereka.

1. Mama Naik Pangkat

Penceritaannya bermula dengan Mama menganggap dirinya tidak layak digelar sebagai profesor. Namun Iman dan Nani tetap berkeras. Apakah usaha Iman dan Nani untuk meyakinkan Mama agar bersetuju dengan gelaran tersebut?

Klik untuk dapatkan buku: https://aulad.my/products/profesor-mama-bersama-iman-nani-mama-naik-pangkat

 

2. Surat Khabar Lama

Kisah ini menceritakan tentang pengalaman Mama, Iman dan Nani menguruskan surat khabar lama yang bertimbun di rumah mereka. Mari, kita ikuti kisah Profesor Mama bersama Iman dan Nani menggunakan surat khabar lama sebagai hiasan untuk rumah mereka.

Klik untuk dapatkan buku: https://aulad.my/products/profesor-mama-bersama-iman-nani-surat-khabar-lama

 

3. Baju Bundle

Buku kali ini pula mengisahkan tentang masalah Iman dan Nani memikirkan apa yang hendak dibuat dengan baju-baju mereka yang tidak dipakai lagi. Profesor Mama datang membantu mereka. Apa yang mereka lakukan? Dapatkan buku ini untuk mengikuti kisah mereka.

Klik untuk dapatkan buku: https://aulad.my/products/profesor-mama-bersama-iman-nani-baju-bundle

 

4. Denggi

Dalam cerita ini, Iman terkena jangkitan denggi. Ini sangat pelik buat Profesor Mama kerana mereka telah memastikan keadaan sekeliling rumah mereka bersih dari tempat pembiakan nyamuk aedes. Profesor Mama dan Nani cuba mencari punca dan mencari jalan penyelesaian masalah ini. Dapatkan buku ini untuk mengikuti apa kesudahannya. 

Klik untuk dapatkan buku: https://aulad.my/products/profesor-mama-bersama-iman-nani-denggi

 

5. Telur Tembelang 

Bagi tajuk seterusnya dalam buku Profesor Mama ini, Iman dan Nani terbau sesuatu yang pelik. Ikuti pencarian mereka mencari punca bau tersebut.

Klik untuk dapatkan buku: https://aulad.my/products/profesor-mama-bersama-iman-nani-telur-tembelang

 

6. Kuih Mama

Bagi tajuk terakhir buku Profesor Mama ini, Iman dan Nani tidak menyukai kuih yang Profesor Mama buat. Mereka meminta makanan segera. Namun pada hari kantin sekolah, mereka membeli kuih talam dan menyukainya. Mereka tertanya-tanya siapakah gerangan yang membuat kuih tersebut. Dapatkan buku ini untuk mengikuti kisah mereka.

Klik untuk dapatkan buku: https://aulad.my/products/profesor-mama-bersama-iman-nani-kuih-mama

 

 

Back to blog

Koleksi Buku Cerita

  • Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak di bulan Ramadan - aulad.my

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

  • Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepada anak malam ini - aulad.my

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

  • Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pertama mereka - aulad.my

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

1 of 3