Baju anak kotor ini antara ketakutan ramai ibu bapa zaman ini.
Sampaikan syarikat sabun basuh baju pun menjadikan ini sebagai selling point untuk jual sabun mereka.
Sebelum kita teruskan, ini bukan tips untuk jadikan baju anak anda bersih kembali. Tetapi untuk anda meraikan kekotoran itu sebagai tanda anda ibu bapa yang mendahulukan keperluan anak-anak. Anda ibu bapa yang meletakkan keperluan anak bermain melebihi keinginan anda untuk baju anak anda sentiasa bersih. Anda menolak tepi risiko dipandang serong oleh orang lain bila melihat baju kotor anak anda, tetapi berjalan bangga kerana anda tahu anda sudah lakukan yang betul untuk anak-anak.
Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, teruskan membaca dan kongsikan pada ibu bapa yang perlu baca artikel ini.
Malangnya kanak-kanak hilang peluang bermain, peluang bereksplorasi, peluang untuk buat salah, peluang untuk belajar dari kesalahan itu..
Mereka hilang kebolehan berfikir dan kemampuan menyelesaikan masalah akibat pengongkongan yang tidak disengajakan oleh kita.
Mereka jadi takut untuk buat salah. Takut kotor, takut rosak. Takut untuk mencuba.
Untuk itu kami di aulad.my akan datangkan satu buku bertemakan Messy Play.
Buku ini memberi kebenaran kepada anak-anak untuk dirosakkan, dikotorkan, direnyukkan. Kita ibu bapa tidak ada hak untuk menghalang anak-anak untuk lakukan apa sahaja dengan buku tersebut.
Buku ini akan memberi peluang untuk anak-anak anda berimiginasi, meneroka, membuat salah,melakukan apa sahaja (yang tidak membahayakan) tanpa perlu risau akibatnya.
Jika anda seperti kami berminat untuk meraikan fitrah anak-anak, Ikuti https://aulad.my/makluman untuk ketahui perkembangan penerbitan buku ini.
Let them play.
Let them explore.
Let them be kids.
Raikan fitrah anak-anak.
zulfadhli