Buku Cerita Indahnya Berdoa adalah buku personalized kami yang pertama. Ianya mengisahkan seorang kanak-kanak yang cuba mempraktikkan doa yang dipelajarinya dalam aktiviti hariannya.
Kami melengkapkan buku ini dengan ilustrasi yang akan menarik perhatian kanak-kanak dengan penceritaan santai yang pasti membina momen indah anda dan anak-anak.
1. 10 doa harian
Ada 10 doa harian untuk anak anda kenal dan pelajari. Kami mencari doa-doa yang sesuai dengan kehidupan harian kanak-kanak supaya lebih mudah untuk mereka mempraktikkannya.
2. Masukkan nama anak dalam buku
Kami mahukan setiap kanak-kanak teruja melihat nama mereka diletakkan di dalam buku. Anak anda akan melihat dan mendengar nama mereka dibacakan pada hampirt setiap halaman.

3. Jadikan kanak-kanak HERO cerita mereka sendiri
Anda anda adalah hero dan watak utama dalam buku ini. Mereka akan seronok mendengar nama mereka dibacakan dan moga-moga ini memberi keseronokan juga untuk mereka belajar tentang doa.
4. Setiap buku dicetak khas untuk kanak-kanak berbeza
Kami tidak akan mampu dapat meneka nama yang akan kami terima. Oleh itu setiap buku dicetak khas untuk anak anda dalam masa 24-48 jam. Ini sudah pasti hadiah paling bermakna buat mereka.
5. Dilukis oleh illustrator berbakat
Buku Indahnya Berdoa dilukis oleh illustrator kami selama hampir 6 bulan. Setiap lukisan dihasilkan dengan penuh teliti supaya dapat menarik minat kanak-kanak.
6. Dengarkan bacaan doa melalui aplikasi AR percuma
Pilihan tambahan untuk anda dengarkan bacaan doa kepada anak anda melalui animasi 3D di dalam aplikasi Augmented Reality percuma kami.
7. Buku cerita bestseller pertama kami
Tahun pertama sahaja, kami mencetak lebih 2,000 naskhah buku ini dengan nama berbeza. Malah kami pernah cetakkan buku untuk anak Dato Siti Nurhaliza, Aafiyah.