Benar, perasaan kita yang dewasa sangat seronok apabila Ramadan bertamu lagi. Bulan pengampunan yang ditunggu-tunggu dan dirindukan. Bulan yang akan kita fokus perbanyakkan ibadah, demi mengharapkan pengampunan Allah.
Tetapi, apa pula perasaan anak-anak kita dengan bulan Ramadan ini? Ada yang sudah faham, sudah mula belajar berpuasa. Namun, anak kita yang masih kecil, perlu juga kita dedahkan dari awal lagi supaya mereka merasai keseronokan bulan Ramadan dan bulan ini paling special antara bulan-bulan yang lain.
Bagaimana caranya?
Pertama sekali kita boleh kenalkan mereka dengan doa dan bacaan pada bulan Ramadan.
Ada 10 doa dan bacaan bulan Ramadan untuk anak anda pelajari.
1. Doa Mohon Keberkatan di Bulan Rejab dan Syaban serta dipertemukan Ramadan3. Ucapan Ramadan
4. Doa Berbuka Puasa
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”
5. Niat Solat Sunat Tarawih
6. Niat Solat Sunat Witir
Sahaja aku solat Sunat Witir 2 rakaat kerana Allah Taala
7. Doa Malam Lailatul Qadar
8. Niat Mandi Sunat Hari Raya
9. Takbir Raya
10. Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Doa-doa ini boleh didapati dalam buku cerita Indahnya Ramadan. Di dalam buku Indahnya Ramadan dilengkapi dengan Augmented Reality (AR). Anak-anak akan belajar bersama membaca doa dan ada menonton animasi 3D bacaan doa.
Untuk melihat kandungan buku, klik di sini. KLIK SINI
Semoga Ramadan ini lebih bermakna buat anak-anak kita dan menjadi Ramadan yang paling diingati buat mereka.
Salam Ramadan 1444H dan selamat menjalani ibadah puasa.