'Berperang' dengan anak-anak adalah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan situasi ibu dan ayah yang berusaha memberi anak makan ubat.
Pelbagai cara ‘terpaksa’ dilakukan oleh ibu ayah hanya untuk memastikan anak-anak berjaya disuapkan ubat mengikut sukatan dan waktu yang ditetapkan.
Ada ibu ayah yang picit hidung anak semasa beri ubat supaya anak tidak keluarkan semula ubat dari mulut.
Ada yang kepit badan anak celah kaki.
Paling ekstrem, ada ibu ayah yang ikat tangan anak.
Kata mereka, kalau tak buat macam itu, sampai sudah anak tak akan makan ubat.
Mungkin cara-cara di atas berkesan.
Namun, sampai bila perlu guna cara tersebut?
Jika cara tersebut berterusan, kita yang memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menganggap makan ubat itu perbuatan yang terpaksa.
Makan ubat sesuatu yang asing dari norma.
Makan ubat itu sesuatu yang menakutkan.
Apa kata ibu ayah cuba beri pendedahan kepada anak-anak tentang kenapa perlu makan ubat melalui cerita.
Apabila mereka sudah faham bagaimana ubat berfungsi bermula dari masuk ke dalam perut, di mana ubat bergerak dan meresap, seterusnya memberi kelegaan dan mereka menjadi sihat, barulah senang untuk mereka makan ubat sehinggalah mereka besar.
Buku cerita Siri Kenali Ubat adalah sebuah buku cerita bergambar yang ditulis oleh seorang Pegawai Farmasi, Puan Syafi’ah Bakarudin.
Sebanyak 10 buah buku cerita dalam siri ini membawa kanak-kanak memahami bagaimana ubat menjadi superhero hebat yang melawan bakteria dan virus jahat, seterusnya mmbantu mereka kekal sihat.
Buku 1: Kembara Ubat Olah
Menceritakan bagaimana ubat berfungsi dalam badan kita. Kanak-kanak akan dibawa mengembara ke dalam badan untuk melihat bagaimana ubat bertindak di dalam badan.
Buku 2: Label Ubat Uwan
Menceritakan apa maksud label pada ubat-ubat yang kita dapat dari klinik dan hospital. Banyak maklumat penting untuk kita sendiri sebagai ibu bapa perlu tahu.
Buku 3: Di mana Ubat Olah?
Menceritakan cara menyimpan ubat yang betul. Tahukah kita ada ubat yang perlu disimpan dalam peti sejuk dan ada yang tidak?
Buku 4: Sukat Ubat Tepat-Tepat
Tentang cara menyukat ubat dengan betul. Ada pelbagai jenis ubat dan setiap ubat ini perlu disukat dengan betul supaya tidak terlebih dos yang boleh membahayakan nyawa.
Buku 5: Misi Melawan Raksasa Kuman
Kisah bagaimana kuman, bakteria dan virus menyerang badan kita. Kanak-kanakakan dibawa mengembara ke dalam badan manusia dan ditunjukkan bagaimana ubat antibiotik dapat melawan kuman, bakteria dan virus.
Buku 6: Ding Dong! Masa untuk Ambil Ubat
Cerita dalam buku ini menerangkan waktu untuk mengambil ubat dengan betul. Kanak-kanak didedahkan dengan kekerapan dan jarak waktu pengambilan ubat.
Buku 7: Salah Beli Ubat
Ubat yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkemungkinan dicemari, palsu atau mengandungi bahan terlarang yang boleh membahayakan kesihatan. Ubat yang mengandungi bahan semula jadi juga tidak semestinya selamat untuk diambil.
Buku 8: Olah Melawat Farmasi
Pelbagai jenis ubat seperti tablet, kapsul, cecair dan ubat sapu digunakan mengikut keperluan pesakit. Ada yang digunakan di bahagian luar sahaja dan ada yang dimakan atau diminum. Ahli farmasi membantu dalam penyediaan dan pengurusan ubat.
Buku 9: Olah Tak Nak Cucuk
Vaksin amat penting dalam membantu kita melawan kuman yang menyebarkan penyakit berjangkit. Kandungan vaksin mengukuhkan sistem imuniti untuk melawan jangkitan. Komuniti yang divaksin dapat mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit.
Buku 10: Jom Pergi Bercuti
Ubat masih perlu dibawa semasa kita bercuti sebagai langkah berjaga-jaga. Namun, ubat perlu disimpan dengan betul supaya tidak memberi kesan yang memudarat kepada pesakit.
Apa yang menarik dalam buku ini?
Kesemua halaman dalam buku cerita ini berwarna-warni.
Ilustrasi yang dimuatkan dalam buku ini sangat menarik.
Ini juga memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berimiginasi dan sekaligus mengetahui bagaimana ubat dapat melawan virus dan membantu mereka sihat.
Semoga dengan cara memberi pendedahan melalui buku cerita bergambar Siri Kenali Ubat dengan fakta yang sahih ini dapat memujuk anak anda untuk makan ubat dengan tenang.
Untuk pembelian, KLIK DI SINI