Ketagihan gadget anak-anak adalah satu kebimbangan ibu bapa. Dengan kesibukan kerja pejabat dan rumah yang tidak menang tangan dibuatnya menyebatkan gadget menjadi pembantu sementara melekakan anak-anak.
Bermula dengan niat untuk melekakakan anak-anak, tanpa kita sedar anak-anak mula mengalami ketagihan skrin. Usaha mengawal penggunaan skrin selalunya berakhir dengan tantrum yang tidak terkawal oleh kita.
Tetapi ada kaedah yang anda boleh gunakan untuk mengawal atau paling kurang menjadikan masa skrin anak anda lebih bermakna.
TED adalah sebuah organisasi yang memfokuskan kepada memberi peluang idea-idea bernas dunia untuk berkembang.
Antara usaha yang dibuat adalah dengan menghasilkan platform TEDEd. Iaitu penceritaan tentang sesuatu topik dalam bentuk animasi yang mudah difahami.
Feed your child's curiosity. TED-Ed provides everything you need to spark and celebrate your child's ideas.
- Dari laman web TED Ed
Topik di dalam TEDEd ini juga pelbagai dan anda perlu pilih yang bersesuaian untuk anak anda.
Anda juga boleh membuat Lesson Plan anda sendiri untuk anak-anak. Untuk menggunakan fungsi ini anda perlu mendaftar akaun Percuma TEDEd. Kemudian anda boleh pilih video dan letakkan dalam bentuk PlayList untuk dijadikan Lesson Plan anak-anak.
Untuk ke TEDEd, anda boleh klik link ini --> https://ed.ted.com/