Jika anda perasan, alam kehidupan kanak-kanak dan muzik berkait rapat. Mereka suka menyanyi, lebih-lebih lagi sambil menari. Kata Zulkifly Yaakob (2007), dunia kanak-kanak akan kosong tanpa muzik. Jadi, sebab itulah kanak-kanak sukakan bunyi dan muzik yang sememangnya membuatkan mereka lebih terhibur dan gembira.
Apa-apa yang didengari secara berulang-ulang menjadikan kanak-kanak cepat ingat.
Selain nyanyian yang mudah diingati oleh kanak-kanak, doa atau surah yang kerap didengari juga dapat membuatkan mereka cepat ingat dan hafal.
Selalunya, ibu bapa yang inginkan anak-anak belajar doa akan membuka atau memasang video sama ada di TV atau gadjet. Seperti anda tahu, pendedahan gadjet terlalu awal akan membuatkan kanak-kanak ketagihan sekiranya tiada pantauan.
Bagi menjadikan masa skrin anak anda lebih bermanfaat, anda boleh memantau anak-anak belajar doa dengan bantuan gadjet melalui aplikasi Augmented Reality (AR) dalam buku Indahnya Ramadan dan Indahnya Berdoa.
Kedua-dua buah buku doa ini dilengkapi dengan animasi 3D dan audio bacaan doa. Hanya dengan mengimbas halaman doa menggunakan gadjet, anak anda dapat belajar doa-doa sepanjang Ramadan dan doa seharian. Ia boleh ditonton dan didengar secara berulang-ulang. Aplikasi ini pun tak perlu bayar. Bila dah dengar berulang kali, sekaligus menjadikan kanak-kanak ingat dan hafal sesuatu doa.
---
Nak mula ajar anak anda belajar doa? Klik di sini.
Indahnya Ramadan --> https://aulad.my/products/indahnya-ramadan
Indahnya Berdoa --> https://aulad.my/products/buku-cerita-indahnya-berdoa
1 comment
Artikel yang penuh dengan pengetahuan.