Ini sahaja cara untuk kawal penggunaan gadget anak - aulad.my

Ini sahaja cara untuk kawal penggunaan gadget anak

Dah cuba berkali-kali, tapi tak berjaya. Kalau berjaya pun sekejap sahaja. Masalahnya mudah. Kita mahukan penggunaan gadget anak kita dikawal dan dikurangkan, tetapi bukan penggunaan gadget kita.

Jika mahu mengurangkan penggunaan gadget anak-anak, ianya perlu bermula dari kita. Kita perlu bersama-sama mengurangkan penggunaan apa-apa peranti berskrin elektronik. Baru anak boleh ikut sama. 

Ini beberapa perkara yang anda boleh lakukan:

  1. Mulakan dengan menjadikan rumah zon bebas media sosial.
  2. Elakkan membawa telefon dan tablet ke dalam bilik tidur.
  3. Tetapkan satu hari seminggu untuk menonton filem bersama anak-anak.
  4. Apabila bosan elakkan mencapai telefon dan tablet anda.

Jika kita berjaya lakukan ini, kita akan dapati kita ada lebih banyak lebihan masa, anak-anak lebih mudah diurus. Tantrum mereka akan berkurang dengan sendiri, tidur kita dan anak-anak akan lebih berkualiti.

Gantikan masa bersama gadget itu dengan meluangkan masa bersama keluarga atau me-time yang kita sering impikan itu.

Semoga bermanfaat.

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.