Ajar anak cara berfikir untuk menyelesaikan masalah kompleks menggunakan Game Komputer.

Ajar anak cara berfikir untuk menyelesaikan masalah kompleks menggunakan Game Komputer. - aulad.my

Antara kaedah berfikir yang penting untuk dikuasai oleh anak anda adalah Computational Thinking. Kaedah berfikir ini digunakan oleh pengaturcara di seluruh dunia untuk menghasilkan sesuatu aplikasi dan perisian.

Apa itu Computational Thinking?

Computational Thinking adalah satu kaedah berfikir untuk menyelesaikan masalah kompleks dengan cara memecahkan masalah tersebut kepada beberapa masalah yang lebih kecil dan mudah (Decomposition). Setiap masalah yang telah dipecahkan ini boleh dilihat dan diselesaikan secara individu dengan mengambil kira juga kemungkinan mempunyai masalah yang sama berulang beberap kali (Pattern recognition). Selain itu kita juga perlu memfokuskan kepada maklumat yang penting dan mengasingkan maklumat yang tidak penting (Abstraction). Seterusnya, langkah mudah untuk menyelesaikan masalah kompleks itu tadi dapat dihasilkan (Algorithms).

Computational thinking allows us to take a complex problem, understand what the problem is and develop possible solutions. We can then present these solutions in a way that a computer, a human, or both, can understand. 
- BBC

Kemahiran Computational Thinking ini tidak hanya penting dalam menghasilkan aplikasi atau perisian sahaja. Tetapi boleh digunakan untuk menyelesaikan apa-apa sahaja masalah yang kompleks pada individu seperti anak anda.

Walaupun nampak seperti sesuatu yang susah untuk dicapai, anda sebenarnya boleh melatih anak anda untuk mendapatkan kemahiran berfikir ini dengan cara yang santai, mudah dan percuma.

Code Game: Help the Lynx collect pine cones!

W3 School Game

Ini adalah satu Permainan Komputer Percuma yang anak anda boleh main untuk mempelajari konsep pengaturcaraan (Programming). Ada 27 peringkat untuk anak anda berlatih kuasai kemahiran berfikir ini.

Klik ini akses Percuma https://www.w3schools.com/codegame/index.html

Masa Skrin Yang Lebih Baik

Permainan ini nampak mudah pada mata kita, tetapi agak kompleks untuk anak-anak anda yang berusia 4 tahun ke atas. Apa yang penting adalah untuk anda membiarkan anak-anak bereksplorasi. Jangan bantu mereka mendapatkan jawapan. Jika mereka bertanya, tanyakan balik soalan bagi membantu mereka berfikir dan dapatkan jawapan itu sendiri.

Kemampuan untuk menemui sesuatu dengan sendiri tanpa diberitahu adalah satu benda yang sangat penting untuk perkembangan mental anak-anak kita.

Klik ini akses Percuma https://www.w3schools.com/codegame/index.html

Dengan permainan komputer ini anak anda akan dapat memahami teknik dalam Computational Thinking yang disebutkan tadi; Decomposition, Pattern Recognition, Abstraction dan Algorithms.

Lihat eksperesi anak-anak apabila mereka berjaya lakukan sesuatu dengan sendiri tanpa ditolong. Beri peluang kepada mereka untuk bereksplorasi. 

Selain dapat menguasai teknik berfikir yang penting, anak anda juga dapat menjadikan masa skrin mereka lebih baik. 

Klik ini akses Percuma https://www.w3schools.com/codegame/index.html

Semoga bermanfaat,

zulfadhli

Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.

Koleksi Buku Cerita

  • Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak di bulan Ramadan - aulad.my

    Pengambilan ubat yang betul untuk kanak-kanak d...

    Hai adik-adik,Ramadan adalah bulan yang suci dan bermakna bagi umat Islam. Selain daripada berpuasa, ibadat dan amalan kebaikan lain seperti bersedekah dan beribadat, kita juga perlu memastikan kesihatan kita sentiasa...

  • Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepada anak malam ini - aulad.my

    Bercerita kisah bulan terbelah menjadi dua kepa...

    Kisah ringkas ini untuk ibu ayah ceritakan kepada anak sebelum tidur malam ini.   Orang-orang kafir Quraisy tidak mahu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mereka meminta Rasulullah...

  • Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pertama mereka - aulad.my

    Bertadarus bersama anak-anak dengan al-Quran pe...

    Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu...

1 of 3