Ibu bapa yang bekerja pasti akan gunakan masa hujung minggu untuk berehat di rumah. Ada kalanya kita hanya biarkan saja anak dengan gadjet dan TV. Cara ini lebih mudah untuk elakkan anak-anak bergaduh dan dapat lekakan anak-anak. Jadi, kita boleh rehat.
Tapi, ibu bapa harus ingat. Sementara anak-anak masih kecil dan belum sampai tahap ketagih gadjet, cubalah elakkan daripada terus membiarkan anak-anak dengan gadjet. Ada perkara yang kita boleh ‘berlembut’ dengan anak-anak, ada perkara yang kita perlu ‘bertegas’ dengan anak.
Ada cara untuk kita cuba alih perhatian kanak-kanak. Salah satunya dengan aktiviti kraf. Kita boleh gunakan bahan yang ada di dapur rumah sahaja untuk aktiviti ini. Paling penting selamat jika anak termakan akau tertelan.
Untuk aktiviti kraf kali ini, hanya 3 bahan yang diperlukan.
-
Sirap
-
Penyedut minuman
- Kertas
Letakkan beberapa titis sirap di atas kertas dan minta anak anda meniupnya dengan penyedut minuman untuk membuat bentuk corak.
Aktiviti ini dipanggil Blow Painting. Ia memerlukan kanak-kanak untuk menarik nafas secara dalam-dalam. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana semasa meniup penyedut minuman, mata mereka akan terfokus kepada pergerakan sirap lalu membentuk corak.
Blow Painting yang menyeronokkan ini sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur. Semoga aktiviti ini bermanfaat untuk mengisi hujung minggu anda bersama anak-anak di rumah.
- Sabna Ghani