Usahakan untuk luangkan masa bersama anak anda setiap malam sebelum tidur.
Tidak dinafikan kita semua mempunyai jadual yang sibuk sehinggakan tidak sempat melayan anak-anak.
Waktu sebelum tidur adalah peluang terbaik untuk mengganti masa yang hilang dan membina semula masa berkualiti bersama anak-anak.
Anda boleh lakukan aktiviti santai seperti membaca buku kegemaran mereka, bercerita tentang apa yang dibaca, berbual tentang aktiviti mereka pada hari tersebut.
Jika dapat dilakukan setiap hari ianya akan membina rutin tidur yang baik untuk anak-anak. Waktu tidur juga akan menjadi waktu yang ditunggu-tunggu mereka. Anda juga akan melihat emosi mereka semakin lebih stabil.
Semoga bermanfaat