Ketika kita membaca bersama anak-anak,
Lebih-lebih lagi untuk anak-anak bawah 6 tahun.
Sambil kita membaca teks dalam buku yang mereka pilih itu,
Berhenti sekejap... dan,
Perhatikan mereka.
Perhatikan pandangan mata mereka.
Tatap reaksi muka mereka.
Lihat betapa seronoknya mereka.
Betapa terujanya mereka melihat lukisan-lukisan menarik dalam buku yang anda sedang bacakan.
Lagi teliti lukisannya, lagi tekun mereka melihatnya.
Pilih buku-buku yang baik lukisannya.
Kerana anak-anak di bawah 6 tahun, mereka belajar dengan memerhati.
Setiap gambar adalah 1000 perkataan untuk mereka.
Tak mengapa jika mereka masih belum boleh membaca kerana mereka, pemerhati yang pakar.
Semoga bermanfaat