Untuk meningkatkan minat membaca anak-anak, cuba sediakan rak buku khas untuk mereka.
Jadikan rak ini hanya milik mereka sahaja.
Hanya untuk letak buku mereka.
Hanya untuk letak barang-barang mereka.
Kanak-kanak akan seronok apabila mereka mempunyai ruang mereka sendiri.
Tetapi, letakkan syarat.
"Abang kena jaga tempat ni elok-elok ya"
"Kakak pastikan tempat ni kemas"
Cara ini juga boleh membina rasa tanggungjawab pada anak-anak untuk menjaga ruang tersebut supaya sentiasa bersih dan kemas.
Mereka mungkin tidak akan dapat mengemas sebaik kita, tapi cukup sekadar kemampuan mereka.
Semoga bermanfaat