Kita belikan buku untuk anak-anak. Memilih dengan begitu teliti. Kita cuba pastikan setiap elemen dalam buku itu menarik dan sesuai untuk anak-anak. Kita teliti...
Ayatnya
Kandungannya
Lukisan
Satu-satu buku kita belek. Dari rak ke rak. Dari tingkat teratas ke tingkat terbawah rak.
Akhirnya, kita jumpa buku yang kita rasa sangat sesuai untuk anak. Tapi...
Sampai rumah anak tak minat nak dengar kita bacakan buku tu.
Kalau baca pun sekali saja.
Besoknya dipilih semula buku lama yang dia suka.
Pernah tak kita beri ruang untuk anak memilih buku kegemaran mereka?
Cuba sekali.
Beri mereka ruang memilih. Tetapi dengan bimbingan kita.
Tanyakan "Abang nak baca buku apa?". "Kenapa kakak pilih buku tu?"
Cuba berbual dengan mereka supaya kita dapat memberi pandangan kita tanpa memberi arahan.
Cuba ya.
Semoga bermanfaat