Buku Poket Kanak-kanak & Remaja
Buku Poket Kanak-kanak & Remaja
“Masihkah anda ingat saat anda memeluknya ketika kecil dan mengatakan bahawa dia adalah yang terbaik?”
“Masihkah anda ingat lirikan mata yang penuh kasih ketika bermain bersama?”
Lihatlah semula dia yang semakin berubah kerana berlari mengejar dewasa. Kerana pada hakikatnya anak itu adalah anak yang sama seperti yang anda ingati.
Buku ini adalah untuk ibu ayah yang mungkin sedang melalui waktu sukar melindungi dan membimbing anak yang semakin laju mengejar usia dewasanya. Sedangkan ibu ayah itu sendiri semakin hari semakin lemah langkahnya.
Buku ini juga untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami kepayahan seorang anak yang di bahunya berat dengan harapan keluarga. Sedangkan hatinya sendiri masih gugup melihat ke hadapan.
Buku Poket Kanak-kanak & Remaja ini ditulis khas oleh ahli psikologi perkembangan untuk membantu masyarakat terutamanya ibu ayah dan guru dalam proses memahami krisis perkembangan anak berumur 7 hingga 18 tahun.
Ambil tahu perkembangan fizikal, emosi dan tingkah laku anak. Anak yang gembira adalah anak yang mempunyai psikologi yang sihat.
Size & Info
Size & Info
Saiz: A5
Umur: Ibu Ayah
Muka Surat: 160
Bahasa: Bahasa Melayu
Cetakan: Berwarna
Penulis: Nurhafizah Ramli
Format: Paperback (Softcover)
ISBN: 9786297570662