Buku Poket Anak Kecil
Buku Poket Anak Kecil
BUKU PARENTING PERTAMA aulad.my!
Buku panduan perkembangan dan psikologi anak kecil khas untuk ibu ayah muda atau pasangan yang bakal menimang cahaya mata.
Adakalanya ibu ayah cenderung menyalahkan diri sendiri sekiranya anak tidak bertingkah laku seperti yang diinginkan. Adakalanya pula, ibu ayah tidak pasti perkara yang perlu dilakukan semasa mendidik, mengasuh dan mengajar anak kecil.
Pasti ada juga dalam kalangan ibu ayah yang kekok untuk membesarkan anak kerana ini adalah pengalaman pertama mereka.
Pada satu saat, timbul masalah parental anxiety apabila kita tidak dapat memahami proses perkembangan dan keadaan psikologi anak.
Buku poket ini ditulis khas oleh ahli psikologi perkembangan untuk ibu ayah dalam membantu ibu ayah memahami setiap komponen perkembangan anak dari lahir hingga mereka berumur 6 tahun.
Size & Info
Size & Info
Saiz: A5
Umur: Ibu Ayah
Muka Surat: 192
Bahasa: Bahasa Melayu
Cetakan: Hitam Putih
Penulis: Nurhafizah Ramli
Format: Paperback (Softcover)
ISBN: 9786297570082