Khusus untuk kanak-kanak Rakan Kelab TaHa

Jika anda sudah membuka akaun Tabung Haji dan Kelab TaHa untuk anak-anak, anda layak untuk mendapatkan promosi khas ahli Kelab TaHa aulad.my.

Rakan Kelab TaHa

Kami di Aras Mega (M) Sdn Bhd telah dilantik sebagai Rakan Kelab TaHa yang sah oleh Pihak Lembaga Tabung Haji.

*aulad.my adalah platform E-Dagang milik Aras Mega (M) Sdn Bhd.

Cashback

Anak anda akan mendapat cashback dalam bentuk deposit tunai ke akaun Tabung Haji mereka.

Diskaun khas

Ahli Kelab TaHa berpeluang mendapatkan produk-produk aulad.my dengan diskaun khas hanya untuk ahli Kelab TaHa.

Hanya untuk ahli Kelab TaHa

Promosi ini terbuka untuk semua kanak-kanak yang menjadi ahli Kelab TaHa. Jika anak anda masih belum menjadi ahli atau belum mempunyai akaun Tabung Haji, anda boleh ke cawangan Tabung Haji terdekat.

Produk Rakan Kelab TaHa

Dapatkan mana-mana produk di bawah dengan diskaun menarik + cashback hanya untuk ahli Kelab TaHa seperti anak anda.

1 of 3

Beli & menabung

Dengan pembelian promosi pakej TaHa, anak anda akan mendapat cashback terus ke akaun Tabung Haji mereka.

Terma & Syarat Promosi Kelab TaHa

Maklumat Promosi

  1. Terbuka kepada semua ahli Kelab TaHa (mempunyai akaun TH) yang berumur 17 tahun ke bawah.
  2. Promosi ini terhad kepada pakej yang ditawarkan di aulad.my/kelabtaha

Tawaran Promosi

  1. Ahli Kelab TaHa yang membuat pembelian pakej yang ditawarkan akan menerima pulangan tunai (cashback).
  2. Ahli Kelab TaHa perlu memberikan nombor keahlian Kelab TaHa untuk pengesahan bagi mendapatkan pulangan tunai yang ditawarkan. Nombor keahlian Kelab TaHa boleh disemak di:
    • Aplikasi THiJARI (ibu bapa/ penjaga)
    • Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC), +60362071919
    • Pejabat TH cawangan

Notis Privasi

  1. Ahli Kelab TaHa perlu membuat pembelian pakej yang ditawarkan dan melengkapkan pembayaran di laman web rasmi Aras Mega bagi mendapatkan pulangan tunai (cashback).
  2. Pulangan tunai akan dimasukkan ke akaun TH ahli Kelab TaHa seperti tempoh berikut:
 Proses

Tempoh

Buat pembelian

Bulan semasa (1-31 haribulan)

Proses pengkreditan pulangan tunai (cashback)

 Bulan seterusnya (15 - 21 haribulan)

Semakan akaun TH
Bulan seterusnya (22 - 31 haribulan)

*Ahli Kelab TaHa boleh membuat semakan cashback pada minggu keempat bulan seterusnya.

3. Dengan penyertaan ini, ahli Kelab TaHa dianggap bersetuju dan faham dengan promosi yang ditawarkan. Semua proses tertakluk kepada maklumat yang telah diberikan.