Kita bersama (secara fizikal)
Secara fizikal, kita ada bersama. Tetapi hakikatnya setiap kita berada di dunia lain. Dunia maya yang cukup menagihkan.
Ini bukan masalah anak sahaja
Kita sering risau ketagihan anak-anak kepada gadget dan skrin. Youtube dan Media Sosial. Tanpa kita sedar kita juga sedang bergelut dengan ketagihan yang sama.
Rampas kembali hidup kita
Ini masanya untuk kita rampas dan dapatkan kembali hidup kita, hidup anak-anak dan keluarga kita. Luangkan masa bersama. Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Ini bukan tentang kita menentang pembangunan atau teknologi, tetapi menjadi pengguna yang bijak menggunakan teknologi, bukan dipergunakan teknologi.