3 Peringkat

Di aulad.my kami bahagikan pembelajaran al-Quran kepada 3 peringkat utama.

1 of 3

Di mana peringkat anak anda?

Setiap peringkat akan menggunakan kaedah dan buku yang berbeza.

Peringkat Pertama.

Sesuai untuk kanak-kanak yang baru mula belajar al-Quran. Muqaddam Fathu Ar-Rahman ini ditulis oleh Ulama Mesir. Apabila habis Muqaddam ini anak anda akan boleh membaca ayat-ayat pendek al-Quran kerana setiap perkataan dalam Muqaddam ini diambil daripada al-Quran.

Dapatkan Muqaddam

Peringkat Kedua.

Sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat pendek al-Quran dan ingin melancarkan bacaan mereka. Buku Juzuk Amma ini lengkap dengan Surah al-Fatihah dan semua surah dalam Juzuk ke-30. Selain itu buku ini juga dilengkapi dengan asbabun nuzul dan tafsir. Sesuai untuk membaca dan memahami ayat-ayat al-Quran. Selain itu anda juga tidak perlu risau jika anak-anak terbatal wuduk mereka.

Dapatkan Juzuk Amma

Peringkat Ketiga.

Kanak-kanak yang sudah lancar bacaan mereka, sudah boleh menjaga wuduk boleh dihadiahkan al-Quran ini sebagai satu tanda kejayaan buat mereka. Hadiahkan mereka al-Quran yang mereka akan gunakan seumur hidup mereka.

Dapatkan al-Quran

Anak Sayangkan al-Quran

Dalam kita berkeinginan anak lancar membaca dan menghafal al-Quran, kita perlu menjadikan suasana pembelajaran itu menyeronokkan. Jangan marah-marah. Banyakkan sabar. Kita nak anak sayangkan al-Quran, bukan membencinya (akibat sikap kita).

Raikan pencapaian anak

Setiap anak mempunyai perjalanan mereka sendiri. Jangan bandingkan pencapaian mereka dengan kanak-kanak lain ataupun adik beradik mereka sendiri.