Age: 7-9
Pakej Kembara TAHA
Pakej Kembara TAHA
Couldn't load pickup availability
Pakej Kembara TAHA dilengkapi dengan:
- 3 buah buku cerita Makkah, Madinah & Al-Aqsa
- 1 buah buku STEM: I-genius
- Cashback bernilai RM 10 ke akaun Tabung Haji anak anda
Makkah- Kota yang Diberkati
Makkah merupakan kota suci tempat Rasulullah SAW dilahirkan dan Baitullah ini juga merupakan simbol penyatuan umat Islam seluruh dunia. Semua umat Islam dari setiap pelosok dunia menunaikan ibadah haji dan umrah di sini pada setiap tahun.
Diceritakan dalam buku ini tentang struktur Kaabah, Hajarul Aswad dan kebaikan air zamzam. Bukan itu sahaja, terdapat perkongsian tentang bukit-bukit, masjid-masjid bersejarah dan lain-lain.
Madinah- Kota yang Bercahaya
Madinah merupakan kota hijrah Rasulullah SAW dari kota Makkah. Di sini juga terjalinnya persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar. Terdapat perkongsian tentang kelebihan Kota Madinah termasuk Masjid Nabawi, tiang-tiang masjid, Raudhah, Makam Rasulullah dan para sahabat.
Turut dikongsikan tentang sejarah beberapa buah masjid dan telaga di sekitar Madinah.
Al-Aqsa - Kota yang Disucikan
Aqsa ialah tempat yang mulia dan di sana juga merupakan kiblat pertama umat Islam. Dikongsikan dalam buku ini tentang pemetaan Masjid Aqsa dan kita dapat melihat keagungan beberapa buah menara dan kubah di Aqsa.
STEM: I-Genius (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)
Buku i-Genius merangkumi fakta, latihan dan aktiviti. Fakta yang dimasukkan melibatkan pengetahuan am, kesihatan, haiwan dan sebagainya.
































