My Messy Book
Kini anda boleh biarkan anak kotorkan buku tanpa rasa serba salah.
Kebanyakan kita mempunyai zaman kanak-kanak yang menyeronokkan. Bermain di luar, balik dengan baju yang kotor, berbasikal atau berkejar-kejar satu taman. Pendek kata kita puas bermain. Kita puas berkotor dan bercomot. Tetapi atas faktor keselamatan sekarang dan kesibukan kita yang sudah tidak munasabah, kita tidak dapat memberikan pengalaman yang sama pada anak-anak. Buku ini lahir dari memori zaman kanak-kanak yang tidak dapat kita sediakan itu.
Ruang bereksplorasi
Direka khas untuk anak anda bereksperimen menghasilkan sesuatu yang datang dari buah fikiran mereka. Bukan datang dari idea anda. Tetapi anda boleh tanyakan soalan supaya mereka berfikir untuk dapatkan jawapan.
Bina memori indah
Luangkan masa dan bina memori indah bersama anak-anak yang akan dikenang dan dihargai mereka apabila mereka dewasa dan menjadi ibu atau ayah seperti anda.
Karya unik anak anda
Buku ini adalah karya lengkap hasil kerja dari kulit ke kulit anak anda. Kini anak anda sah menjadi seorang Illustrator dan Pereka Grafik Buku.
Bila baju anak comot,
Selepas ini bila baju anak comot, kotor, penuh kesan warna air, kesan air coklat atau apa-apa kekotoran lain, berhenti sebentar lihat wajah anak dan berikan senyuman kerana anda tahu kekotoran itu menandakan mereka sedang berseronok ketika itu.
Sementara menunggu tarikh pelancaran buku ini, anda boleh lihat katalog kami di bawah.
Sebelum terlupa, sudah masukkan email anda di ruangan atas?