Kepentingan mewarna pada kanak-kanak prasekolah

Aktiviti mewarna merupakan antara aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak. Untuk mereka segalanya cantik dan sangat penting untuk kita meraikan hasil kerja mereka itu

Tapi apa kebaikan aktiviti mewarna?

Rupanya banyak faedah yang anak-anak anda akan dapat daripada aktiviti mewarna.

1. Menguatkan Tangan dan Jari

Dengan memegang pensel warna atau crayon, secara tidak langsung akan melatih dan menguatkan tangan kecil anak anda.

2. Merangsang Kreativiti

Aktiviti mewarna memberi peluang untuk anak-anak berekspresi dan meneroka kreativiti mereka. Warna dan bentuk yang terlibat dalam proses ini merangsang imiginasi mereka untuk lebih kreatif selain memaksa mereka untuk berfikir.

3. Proses Ekspresi Diri

Aktiviti mewarna akan memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresi diri mereka. Mereka boleh memilih warna yang mereka suka, bentuk yang mereka suka. Ini akan membuatkan mereka lebih mengenali diri mereka.

4. Meningkatkan Kordinasi Motor Halus (Fine Motor Coordination) mereka

Pada awal usia mereka, anak-anak sedang dalam proses meningkatkan keupayaan motor halus mereka. Keupayaan ini penting untuk aktiviti harian sepanjang hidup mereka. Keupayaan ini akan membantu aktiviti harian seperti menaip, menulis, selak kertas, penggunaan alatan dan sebagainya.

Antara aktiviti lain yang membantu membina keupayaan motor halus mereka adalah mewarna dalam garisan lukisan, menulis sambung titik seperti yang boleh didapati dalam buku Tik Tik Set 50 buku aktiviti Aulad.

5. Membantu Meningkatkan Fokus

Aktiviti mewarna juga merupakan antara aktiviti yang dapat membantu meningkatkan fokus anak-anak.

Fokus adalah kemahiran penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak, bukan sahaja untuk akademik mereka tetapi juga untuk kerjaya mereka. 

Kemampuan fokus membantu mereka menyiapkan sesuatu kerja dari awal hingga akhir.

Anda akan dapat perhatikan apabila tahap fokus anda anda semakin berkembang, hasil lukisan dan warna mereka juga semakin kompleks dan memerlukan tempoh yang lebih panjang untuk siap.

Di dalam Set 50 Buku Aktiviti Aulad kami, lukisan dalam buku-buku ini direka bentuk untuk aktiviti mewarna dari objek mudah sehingga ke situasi yang kompleks.

Nampak mudah, tapi banyak faedah

Aktiviti mewarna nampak seperti aktiviti yang mudah, tetapi sebenarnya banyak faedah yang anak-anak akan dapat secara tak langsung.

Anda boleh gunakan poin-poin di atas sebagai panduan untuk melihat pembesaran anak-anak anda.

Apa yang penting adalah untuk anak-anak kita belajar dalam suasana yang menyeronokkan, bukan tertekan.

Share di wall anda untuk senang rujuk semula tips ini.

Nak cari buku untuk anak? Lihat Bestseller kami!👇

Leave a Reply

Penghantaran Percuma

Untuk pembelian lebih RM120

(Semenanjung) & RM150

(Sabah, Sarawak & Labuan)

Ambil di pejabat kami

Untuk pembelian sekitar

Kajang & Bangi

100% Selamat

FPX / MasterCard / Visa /

TnG E Wallet / Boost E Wallet

melalui SenangPay

Sejak 1987

Menerbitkan buku kanak-kanak

sejak 1987

© 2020 Aras Mega (M) Sdn Bhd (164242-W)
Published with care, by Aras Mega